Kool FM

Kerja Sekarang Rasa Biasa-Biasa Je? Jom Lihat 9 Pekerjaan Paling Pelik Di Dunia

Semua orang perlukan kerja untuk mencari rezeki dan juga cari makan. Tak kisahlah kerja apa asalkan ianya kerja yang halal untuk tanggung kehidupan kita. Tapi mungkin pekerjaan kita itu biasa-biasa sahaja sehingga kita pun rasa bosan dengan kerja kita. Kalau kerja yang kita buat itu dikira sebagai pekerjaan yang biasa, ada pekerjaan di dunia ini yang dianggap paling pelik, tetapi ia masih dikira sebagai pekerjaan. Jom lihat 10 pekerjaan paling pelik di dunia ini.

9. Tukang Tidur Profesional

via GIPHY

Siapa je yang tak suka tidur, lagi-lagi bila dapat tidur di tempat yang paling selesa. Jarang orang tidur dapat duit, tapi dengan pekerjaan sebagai Tukang Tidur Profesional ini anda akan dibayar. Sebuah hotel di Finland ini mengupah orang untuk uji keselesaan tidur di bilik mereka. Individu yang diupah itu akan tidur di hotel yang berbeza setiap malam dan kemudian menulis ulasan mengenai kepuasan terhadap bilik hotel itu. Kedengaran seperti satu pekerjaan yang menyeronokkan!

8. Pemerhati Cat Yang Mengering

Image via:https://wrytin.com/

Baca nama pekerjaan ini pun dah garu kepala. Pekerjaan ini memerlukan seseorang itu untuk memerhatikan sesuatu cat yang baru digunakan itu mengering. Pekerjaan ini memang benar-benar wujud! Seorang lelaki di United Kingdom kini melakukan pekerjaan ini dan dia menghabiskan hari-harinya mengecat kepingan kadbod untuk menguji berapa lama campuran cat baru itu mengering. Bukan sekadar nak tengok cat tu mengering, tetapi dia juga perlu perhatikan perubahan warna dan tekstur.

Baca juga: Misteri Di Sebalik Asal Usul ‘Orang Lumpur’ Papua New Guinea

7. Menonton Netflix

Bayangkan anda dibayar untuk menonton TV sepanjang hari! Pekerjaan ini memang ada dan anda kana dibayar untuk melihat cerita yang ada dalam Netflix. Tugas mereka ini adalah untuk menonton semua kandungan sebelum ia tersedia untuk orang ramai. Mereka juga perlu menyemak dan menetapkan setiap program mengikut tag yang betul untuk memudahkan penonton mencari genre filem atau drama yang mereka minat. Seronokkan kerja ni?

6. Penolak Kereta Api

Image via:https://www.amusingplanet.com/

Tugas orang ini bukan untuk menolak kereta api tetapi untuk menolak orang masuk ke dalam kereta api. Kenapa nak kena tolak orang masuk? Di Jepun, mereka memang akan memuatkan seramai orang yang mungkin untuk masuk ke dalam kereta api, tapi untuk lakukan itu mereka memerlukan ‘oshiyas’ yang ditugaskan untuk menolak seramai orang yang boleh ke dalam kereta api sehinggalah pintu ditutup. Memang pelik tugas ni tapi ia dianggap penting di sana.

5. Tukang Nangis Profesional

Menangis pun boleh dijadikan sebagai satu pekerjaan. Ini merupakan hasil daripada tradisi di Asia Tenggara bahawa pengebumian yang penuh dengan tangisan akan menolong roh yang mati untuk pergi ke alam seterusnya. Maka terhasilkan pekerjaan ini dimana seseorang itu diupah untuk menangis dengan kuat sepanjang upacara pengebumian itu berlangsung.

4. Pengumpul Racun Ular

Image via:http://www.getjobsdaily.com/

Bukan pekerjaan yang pelik tetapi pekerjaan untuk orang yang berani! Tentu sekali kerja ini bukan untuk semua orang. Hanya yang berani sahaja akan lakukan kerja ini. Tugas mereka adalah untuk mengumpulkan racun ular daripada ular yang beracun. Racun itu kemudian disimpan di dalam balang untuk digunakan dalam ‘anti-racun’ dan ubat lain.

3. Penguji Makanan Anjing

Image via: shanghaidaily.com

Tugas penguji makanan anjing adalah untuk merasai produk makanan anjing baharu, termasuk tulang, daging hancur, dan biskut. Mereka melakukan ini untuk menguji rasa dan tekstur, dan kemudian membandingkannya dengan jenama makanan anjing dan makanan manusia. Memang pelik pekerjaan ini.

2. Tukang Cium Bau

Bagi menguji keberkesanan sesebuah produk baharu, tukang cium bau atau disebut juga sebagai ‘odor judge’ akan diupah untuk mencium bau nafas, kaki dan juga ketiak secara sukarela. Bagi memastikan penilaian bau mereka adalah tepat, mereka akan menjalani ujian deria bau pada setiap bulan. Siapa yang ada hidung sensitif terhadap bau tu mungkin boleh cuba pekerjaan ini. Itu pun kalau sangguplah.

1. Penghantar Pizza Secara Scuba Diving

Image via:https://theculturetrip.com/

Tentu anda terfikir ke manalah penghantar pizza ni nak hantar pizza sampai kena menyelam skuba. Perkhidmatan ini wujud oleh kerana terdapat sebuah hotel bawah laut di Florida. Jadi penghantar pizza ini akan menyelam skuba untuk menghantar pizza yang diisi dalam bekas kedap air kepada penghuni di hotel tersebut. 

Jadi itulah antara pekerjaan yang pelik wujud di dunia ini. Mungkin anda juga pernah lakukan pekerjaan yang pelik cuma ia belum pernah dikongsikan lagi. Jom kongsikan juga pekerjaan pelik anda. 

Baca juga: Otak Ligat Berfikir Semasa Mandi? Ini Sebabnya Kenapa Kita Ada ‘Shower Thoughts’

Sumber daripada: Undercover Recruiter

Exit mobile version