
Terbaharu, pihak berkuasa telah menjalankan operasi Ops Patuh Bersepadu secara besar-besaran ke beberapa buah kilang di Subang Jaya. Dipercayai terdapat seramai 350 orang pekerja yang sedang bekerja ketika serbuan itu dijalankan pada petang semalam.
Sebuah video yang dikongsikan menerusi laman Twitter Zulkifli Bujang menyaksikan pekerja-pekerja kilang tersebut duduk mencangkung beramai-ramai selepas serbuan. Difahamkan, situasi di kilang keluli di Subang Dua, Subang Jaya itu beroperasi seperti biasa, seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Malah, mereka juga dipercayai gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah disarankan pihak kerajaan sebelum ini.
Kira-kira 350 sedang bekerja ketika serbuan #OpPatuh dilakukan di kilang. pic.twitter.com/zts5doMRGU
— ZULKIFLI BUJANG® ذوالكفلي بوجع (@zulkiflibujang) July 2, 2021
Tambah posting dari Zulkifli Bujang lagi, pihak berkuasa tidak menahan pekerja kilang tersebut tetapi hanya menjalankan pemeriksaan terhadap pekerja asing di situ. Malah, tindakan susulan terhadap majikan kilang berkenaan telah dilakukan oleh pihak berkuasa.
Untuk bacaan selanjutnya, klik saja disini.