Konflik Palestine dan Israel telah mendapat perhatian seluruh dunia di mana ia kini dilihat bukan sahaja kerana agama tetapi lebih kepada isu kemanusiaan. Pertempuran yang dihadapi rakyat Palestine bukanlah sesuatu yang harusnya diambil ringan. Isu ini juga sering dikongsi oleh selebriti Heliza Helmi.
Perkongsian Heliza Helmi bukan sahaja mendapat perhatian rakyat Malaysia malah beberapa rakyat di negara lain juga turut berkongsi ciapan yang dilakukan oleh Heliza. Bagaimanapun, menurut Heliza beberapa jam sebelum ini perkongsiannya di media sosial seperti di Instagram dan TikTok telah disekat dan beliau tidak dapat melakukan apa-apa perkongsian tentang kejadian di Palestine dan saluran sumbangan yang boleh dilakukan oleh orang ramai kepada mereka yang memerlukan di Palestine.
Baca artikel lain: “Huge Respect For You Cap!” – Dapat Live Dengan Orang Dari Israel, Ramai Puji Cara Caprice ‘Bantai’ Wanita Ini
Perkongsian secara aktif oleh Heliza membuatkan orang ramai lebih peka dan sentiasa update dengan perkara yang sedang dihadapi oleh saudara kita di bumi Palastine. Perjuangan mereka bukanlah satu perjuangan yang mudah kerana telah banyak rakyat Palestine terkorban dan tercedera semasa kejadian berlaku. Bagaimanapun, tambah Heliza, rakyat Palestine tidak mudah mengalah malah mereka rela untuk terus berjuang sehingga ke titisan darah terkahir begitu juga dirinya.
Walaupun Heliza menghadapi kesukaran untuk membuat perkongsian tentang Gaza dan rakyat di bumi Palestine, namun ia tidak mematahkan semangat Heliza untuk terus memberi kesedaran tentang isu ini kepada orang ramai. Heliza telah menggunakan taktik baharu iaitu menggunakan bahasa ‘F’ dan bahasa singkatan dan secara sengaja melakukan kesalahan dalam ejaan di ruangan kapsyen perkongsiannya untuk mengelak daripada perkongsiannya di sekat lagi.
Apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya berkata mereka akan terus bersama-sama heliza menyokong dan bantu semampu mereka. Ada juga sempat berseloroh menyatakan tiada apa keganasan yang telah dilakukan Heliza dalam setiap perkongsiannya selain keganasan Heliza yang menyebabkan skrin telefonnya retak.

Baca juga: 5 Sebab Kenapa Briged Al-Qassam Ditakuti Tentera Israel
Sumber: Instagram Heliza Helmi