Kool FM

Kolaborasi Bersama PDRM, Perutusan Khas COVID-19 Diva AA Sembur Rakyat Malaysia Yang ‘Menggelupur’ Langgar SOP 

Umum mengetahui sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini disambut saat negara dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang sekerasnya pergerakan merentas negeri mahupun daerah. Inisiatif ini diambil oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan kes positif wabak pandemik COVID-19 yang semakin melonjak naik.

Namun, baru-baru ini tular beberapa gambar yang menunjukkan lebuhraya KL-Karak dalam keadaan sesak dan padat dengan kenderaan menghala ke plaza tol Gombak. Difahamkan, keadaan sesak itu berpunca daripada segelintir rakyat Malaysia yang telah pulang ke kampung halaman untuk menyambut syawal.

Nama selebriti terkenal Malaysia, Azwan Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Diva AA Tersohor menjadi sebutan netizen lebih-lebih lagi selepas Diva AA tular di media sosial dek kerana telah menegur pengacara dan usahawan Noor Neelofa dan suami yang seolah-olah tidak serik melanggar SOP. Sejurus itu, dengan menggunakan platform media sosial Twitter miliknya, Diva AA memuat naik ‘perutusan khasnya’ dengan mengecam golongan ‘keras kepala’ yang masih melanggar SOP walaupun kes naik mendadak.

Terbaru, pihak Royal Malaysia Police (RMP) atau PDRM telah ‘berkolaborasi’ dengan selebriti yang lantang bersuara ini untuk memberi pesanan ‘pedas’ kepada segelintir rakyat Malaysia yang masih tidak serik mengingkar arahan SOP. Menerusi video yang berdurasi 6 minit 10 saat itu, Diva AA telah diberikan peluang untuk menggunakan platform YouTube rasmi PDRM RMP TV yang dikendalikan sepenuhnya oleh pusat media Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Baca juga: Akaun Digodam, Diva AA Percaya Pengikut Neelofa Adalah Dalang Selepas Video ‘Perutusan Khasnya’ Tular

Menurut Diva AA, ‘Perutusan Khas COVID-19 Part 1’ yang dipenuhi dengan ‘semburan’ pedas dan kecaman itu khususnya kepada mereka yang bersikap ‘buta hati’  dek kerana seakan bersikap ‘egois’ melanggar SOP sehingga menjadi punca rantaian COVID-19 meningkat selepas sambutan syawal pada tahun ini.

“Perutusan ini khusus kepada rakyat Malaysia yang degil, menjengkelkan (annoying), buta hati dan tidak reti bahasa, melanggar SOP punca bawa peratus COVID-19 meningkat! 

“Yang mana menggelupur balik kampung kononnya rindu, pasangan jarak jauh (PJJ), yang degil pergi pusat membeli-belah yang penuh dengan virus, dan juga buat mereka yang pergi beraya dan majlis sana sini, mesej penuh ‘makian’ ini ditujukan khas kepada golongan seperti anda.” luah Diva AA dalam nada yang marah.

Menurut Diva AA, kes positif COVID-19 di kawasan ‘kampung’ tidak akan meningkat seandainya sesetengah rakyat Malaysia ini tidak menjadi cacing kepanasan berkeras mahu pulang ke kampung dan menjadi ‘silent carrier’ sehingga ada yang sanggup menipu pihak PDRM demi mendapat kelulusan rentas negeri. Tambah Diva AA lagi, golongan pentingkan diri sendiri ini seolah-olah hanya semakin menyusahkan pihak polis untuk memeriksa dan mengadakan kompoun beratus kali kepada mereka.

“Dislike, Dislike, Dislike!” 

Fuh, kata-kata Diva AA dalam video tersebut sememangnya terus menusuk kalbu. Ini baru bahagian 1, bagaimana agaknya video perutusan Diva AA bahagian 2 nanti ya? Haa..sama-sama kita nantikan. #SeeMyLevel, Hiks!

Baca juga: Cuba Sokong Kenyataan Mira Filzah, Netizen ‘Sound’ Azfar Heri Sebab Pernah Langgar SOP

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: YouTube PDRM RMP TV CHANNEL

Exit mobile version