Bila bercakap pasal resipi masakan turun temurun ni, memang rata-rata akan setuju itulah resipi paling sedap untuk dimasak. Kalau tak sedap, tak adalah dia jadi turun temurun. Siapa dekat sini penggemar laksa? Rasanya semua sedia maklum laksa dekat Malaysia ni berbeza ikut negeri. Kalau di belah utara, lain laksanya dengan yang belah selatan. Itulah keistimewan laksa apabila resipi disesuaikan mengikut negeri masing-masing.
Ada yang pernah makan laksa Terengganu? Itulah resipi yang dikongsikan oleh penyanyi Siti Sarah Raisuddin di Instagramnya. Menurut Sarah, resipi tersebut adalah resipi daripada moyangnya. Memang nampak mudah cara masakannya, dan tentu sekali nampak menyelerakan. Apa yang membezakan laksa Terengganu dengan tempat lain adalah cara hidangan sebelum makan.
Kata Sarah, kuah laksa Terengganu tidak ada garam sebab nak menghormati citarasa lain orang. Bahan-bahan lain seperti limau, sayur, sambal dan juga garam disediakan di tepi. Kalau rasa tak cukup masin, bolehlah tambah garam ikut citarasa sendiri. Itulah keunikan laksa Terengganu.

Sementara itu, ramai juga yang kagum melihat Sarah makan laksa menggunakan tangan. Bagaimanapun, itu adalah lumrah dan kebiasaan orang Terengganu bila makan laksa, iaitu makan menggunakan tangan. Perkara itu turut diakui oleh wargamaya lain yang berasal dari Terengganu.
Dalam kesedapan melihat Sarah makan laksa Terengganu, nampaknya ia juga secara tak langsung telah menimbulkan kerinduan orang-orang Terengganu untuk pulang ke kampung. Tapi tak apalah, kita lepas rindu dengan buat laksa Terengganu ni dulu. Bila COVID-19 dah reda, ramai-ramai kita serbu balik kampung.