Baru-baru ini penyanyi Nourul Wahab Depp memuat naik satu hantaran di Instagram memaparkan barangan rumahnya siap dikemas untuk berpindah. Menurut Nourul, hanya tinggal menunggu kelulusan visa sahaja dan persediaan untuk berpindah juga sudah hampir 70 peratus siap. Tapi nak pindah ke mana?
Dikhabarkan Nourul bersama keluarganya akan berpindah ke negara jiran, dijadualkan pada pertengahan bulan depan. Kata perancangan hijrah ini sepatutnya direalisasikan tahun lalu, namun dia tetap bersyukur urusannya dipermudahkan tahun ini.
“Tinggal tunggu permohonan visa diluluskan selain suntikan vaksin kedua. Kalau semua urusan selesai, insya Allah kami akan berangkat pada 15 atau 20 Julai ini,” katanya.
Bagaimanapun, Nourul masih belum bersedia untuk mendedahkan negara jiran yang dimaksudkannya itu. Walaupun ada pengikut Instagram yang meneka negara kelahiran suaminya, Perancis atau berkemungkinan besar Australia sebagai pilihan, namun Nourul memberitahu tempat bermastautinnya nanti masih berdekatan dengan Malaysia.

Ibu kepada empat cahaya mata itu juga memaklumkan dia akan mendedahkan perkara berkenaan, termasuk alasan dia berhijrah apabila semuanya sudah diluluskan. Walaupun dia bersama keluarga berhijrah, namun anak sulungnya dikhabarkan tidak ikut bersama. Berkongsi perancangannya, urusan kerjaya seni masih berjalan seperti biasa dan dia akan tinggal di luar negara sehingga anaknya tamat sekolah.
Apa-apa pun Min doakan agar urusan Nourul sekeluarga dipermudahkan dan semoga penghijrahan ini akan membuka lembaran baharu dalam kehidupannya.
Baca juga: “Eh Cik Ani Mencarut” – Chef Wan Kongsi Keadaan Demensia Ibunya Buat Netizen Terhibur
Sumber daripada: Kosmo