Kool FM

Lamaran ‘Durian Runtuh’ – Wanita Terima Wang Pertunangan Sebanyak RM88,558

Biasanya hantaran yang mewah ni kita akan beri waktu bernikah berbanding waktu bertunang yang biasanya hanya memberi sebentuk cincin dan beberapa barang hantaran. Tapi lain pula kisah pertunangan sepasang kekasih ini apabila seorang ahli perniagaan dari Makassar meminang bakal isterinya dengan memberi hantaran paling mewah di daerah tersebut.

Image via:https://kumparan.com/

Menurut laporan, ahli perniagaan tersebut, Ajis Kalla memberi duit belanja atau lebih dikenali sebagai ‘wang panai’ sebanyak 3.7 juta rupiah (kiran-kira RM88,558), rumah bernilai tiga bilion rupiah (kira-kira RM866,100) serta satu set berlian kepada bakal isterinya yang dikenali sebagai Nadia Margareza.

Wang panai adalah duit perbelanjaan untuk bakal pengantin wanita yang diberikan oleh bakal pengantin lelaki dan merupakan tradisi adat suku Bugis-Makassar. Majlis pertunangan itu disambut baik oleh ahli keluarga Nadia dan mereka mengucapkan tahniah atas ikatan yang terjalin. 

Image via:https://palopopos.co.id/

Nadia dikatakan pernah menjadi peserta Puteri Indonesia pada tahun 2013 dan kini merupakan seorang usahawan yang mengusahakan butik pakaian. Manakala Ajis pula merupakan seorang duda yang mengusahakan sebuah restoran dan kafe. Jadi tidak hairan wang hantarannya begitu besar, sesuai dengan kecantikan Nadia.

Salah seorang ahli keluarganya turut menyatakan bahawa mereka berdua merekodkan sejarah di Barat Malangke apabila memberi serta menerima wang panai paling tinggi. Semoga dipermudahkan urusan perkahwinan mereka dan kekal bahagia selamanya.

Baca juga artikel menarik lain:

Geng Mamak – Rompak Jongkong Emas Bernilai Lebih RM12 Juta Dan Lesap Dalam Masa 20 Minit!

Ini Sebabnya Alat Pemadam Api Boleh Meletup. Ikut Tips Betul Penjagaan Fire Extinguisher

Sumber daripada: Utusan Malaysia

Exit mobile version