Kini media sosial telah menjadi satu sumber untuk orang ramai mencari jawapan untuk persoalan mereka kerana ia seakan tiada had. Kita boleh belajar pelbagai benda melalui media sosial jika ia digunakan dengan cara yang betul. Lebih lagi untuk pengguna muda media sosial di mana mereka boleh ikuti akaun-akaun pembelajaran yang tersedia malah yang sudah dewasa juga boleh belajar bersama berbanding hanya ‘membawang’ di media sosial sahaja.
Rata-rata pengguna media sosial suka menonton video terutama sekali video yang ada unsur jenaka. Satu perkongsian yang dilakukan oleh seorang pengguna TikTok @sirsyazwan telah mendapat perhatian warganet apabila dia membuat sedikit kelainan untuk mengajar para penonton videonya mengenali haiwan dalam Bahasa Arab menggunakan lagu raya.
@sirsyazwan##belajarbahasaarab ##arabsirsyazwan ##tiktokguru ##gurubahasa ##learnontiktok♬ original sound – wahyu ksn
Lebih membuatkan videonya menarik apabila dendangan melodi yang digunakan dalam video tersebut diadaptasi oleh lagu raya yang bertajuk ‘Senandung Hari Raya Untukmu’ nyanyian Dayangku Intan. Boleh dikatakan mengusik kalbu memandangkan orang ramai masih menanti kebenaran untuk merentas negeri beraya di kampung halaman bersama ibu bapa dan datuk nenek.
Video lelaki tersebut telah meraih lebih 6.5 juta kali tontonan itu telah mendapat perhatian dan mengundang dekah netizen yang turut datang dari negara jiran! Banyak reaksi menarik yang telah diberikan termasuklah lebih mudah untuk hafal dan rasa tak sabar untuk menyambut Hari Raya Aidilfiltri yang bakal berkunjung tiba tidak lama lagi. Dia juga telah berkongsi pelbagai content menarik termasuklah pickup line, tips keyboard Bahasa Arab dan lain-lain lagi.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Laki Tak Marah Ke?” – Eina Azman Kena ‘Sound’ Buat TikTok Dengan Norman
24 Ribu Komen! Netizen Terhibur Tengok Suami Ain Edruce Buat TikTok
Sumber: TikTok @sirsyazwan