Kool FM

“Saya Minta Guide Je,” – 12 Hari Kuarantin, Rea Kool FM Kecewa Sikap Frontliner

Baru-baru ini tular satu ciapan twitter mengenai tiada tindakan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jika ada di kalangan kita positif COVID-19 kerana pejabat kesihatan tidak cukup staf sehingga terlampau sibuk untuk mengendali ribuan kes COVID-19.

Mungkin ramai yang tidak percaya tapi perkara tersebut dilalui penyampai radio Kool FM, Rea sendiri apabila staf di Pejabat Kesihatan Daerah Petaling tidak memberi maklumat telus pada mereka apa yang harus dia dan keluarga harus lakukan selepas kuarantin selama 12 hari.

“Setiap pertanyaan kami ajukan, pihak mereka cuma jawab ‘oh yeke bang?’ dan ‘oh tak tahu la saya bang’. Kalau pihak PKD tak tahu, kami lagi tak tahu. Kami tak minta pun PKD datang rumah untuk check kami bertiga. Kami ambil inisiatif sendiri ke PKD selepas kuarantin,” tulisnya menerusi insta story semalam.

Jom baca lebih lanjut…

No photo description available.

Mencabar apa yang Rea lalui. Apa pun, kami doakan Rea dan keluarga kecilnya dipermudahkan urusan seterusnya nanti dan moga keputusan sekeluarga negatif. Rindulah nak dengar Rea berceloteh di corong radio!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Saintis Ini Dakwa Lelaki Yang Dijangkiti Covid-19 Berisiko Untuk Mandul & Tidak Subur

“95% Berkesan,” – Dato Dr Musa Mohd Nordin Yakinkan Vaksin COVID-19 Selamat

 

 

 

 

Sumber: instagram

Exit mobile version