Selepas pasangan Neelofa dan Haris Ismail, pasangan popular yang dinantikan oleh orang ramai semestinya Kamal Adli, dan Uqasha Senrose. Difahamkan pasangan sama cantik sama padan ini telah mengesahkan bakal diijabkabulkan tidak lama lagi, namun masing-masing enggan mendedahkan tarikh pernikahan mereka buat masa ini.
Menurut Kamal dan Uqasha, mereka telah memilih sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka untuk majlis akad nikah dan resepsi bertemakan taman dan outdoor. Uqasha kemudiannya berkongsi bahawa persiapan untuk majlis perkahwinan sudah hampir 80 peratus siap.
Pasangan ini dijangka akan mengadakan tiga majlis resepsi iaitu majlis pertama khas untuk keluarga, teman rapat dan media, manakala majlis kedua pula untuk rakan artis dan majlis ketiga pula diadakan untuk meraikan peminat yang banyak menyokong mereka.
Memandangkan kita masih dalam misi memutuskan rantaian pandemik Covid-19, setiap majlis yang bakal dilangsungkan perlulah mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh kerjaan. Uqasha menegaskan perancang perkahwinan mereka sangat menitik beratkan soal pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan semua tetamu untuk setiap majlis sangat terhad bagi tidak melanggar SOP.
Walaupun kebanyakan persiapan majlis perkahwinan mereka terpaksa diuruskan secara berasingan berikutan jadual kerja yang sangat padat, Uqasha luahkan rasa bersyukur bakal suaminya, Kamal mengikut sahaja kehendak dia untuk majlis impian mereka.
Apabila bertanya kepada Kamal mengenai perasaannya, dia luahkan rasa teruja melangkah ke alam perkahwinan dan berharap majlis perkahwinan dipermudahkan terutama dalam berdepan cabaran COVID-19. Dia turut berharap apabila tiba waktu kami diijabkabulkan kes Covid-19 semakin menurun supaya tiada masalah untuk tetamu merentas negeri.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Sibuk Pilih Kain, Bau Nasi Minyak Uqasha Senrose Dan Kamal Adli Makin Kuat!
Sumber: BHarian
