Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Mahalnya! Neelofa Hadiahkan Kakaknya Seterika ‘Kayangan’ RM13,000

today3 March 2021

Background

Nama Noor Neelofa tidak lekang dari bualan warganet selepas kontroversi pertunangan bersama Ustaz Haris sebelum ini hangat dibincangkan. Kini Neelofa sekali lagi menjadi topik perbincangan makcik bawang dan warganet selepas dia menghadiahkan satu set seterika kepada kakaknya, Noor Nabila untuk digunakan di rumah barunya nanti.

Set seteterika yang Neelofa hadiahkan bukanlah seterika biasa, ia sangat luar biasa kerana harganya mencecah hampir RM13,000. Iya, ini boleh dikategorikan sebagai seterika kayangan. Seperti biasa, apa sahaja yang dipakai oleh Neelofa atau apa sahaja barangan yang melibatkan Neelofa pasti akan dikorek oleh warganet dan makcik bawang dari segi nama sehinggalah harga produk tersebut. Sudah pasti produk seterika ini mengejutkan ramai pihak kerana siapa yang gigih hadiahkan orang lain seterika berharga seperti itu?

Pendedahan tentang harga set seterika itu telah dilakukan oleh @dylawok menerusi akaun Twitternya di mana dia telah memuat naik tangkap layar InstaStory Nabila yang mengucapkan terima kasih kepada adiknya atas pemberian hadiah tersebut menyatakan bahawa dia hanya mampu bersedih sahaja apabila melihat harga tersebut. Tujuan dia melakukan pencarian harga set seterika tersebut adalah kerana dia minat akan produk itu namun selepas gigih mencari harganya, @dylawok merasakan ia bukanlah satu keperluan.

Perkongsian dari @dylawok tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet termasuklah ada yang mempersoalkan ‘kecanggihan’ seterika tersebut yang dikatakan memiliki teknologi terkini selain mengambil kira faktor keselamatan.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Nama ‘Harimau Menangis’ Tak Boleh Digunakan, Ibu Neelofa Daftar Trademark Resipi Tersebut…

Lelaki Ini Bongkar Neelofa Ada Narcissistic Personality Disorder?

 

 

 

 

Sumber: Kosmo

Written by: Adinna


Previous post