Siapa je yang tak kenal dengan penyanyi versetail Anita Sarawak yang popular dengan lagu Akhirnya Kini Pasti dan Cinta Nan Satu itu. Namun, sedar tak sedar sudah sedekad lamanya Anita menghilangkan diri tanpa khabar selepas kembali berhijrah ke Las Vegas, Amerika Syarikat. Sepatutnya dalam zaman yang sudah biasa dengan media sosial ini, mudahlah untuk melihat perkembangan artis-artis di luar sana. Tapi tidak buat Anita.

Kehilangan Anita dari radar mencetuskan tanda tanya ramai, ditambah tiada siapa pun yang dapat mengesan lokasi sebenar tempat tinggal penyanyi itu. Bukan setakat rakan media je yang tak tahu, keluarganya juga tidak dapat memastikan lokasi sebenar. Bagaimanapun, sebaris ucapan tulisan suaminya iaitu Mahathir Abdullah membalas mesej yang dikirimkan bekas wartawan hiburan, Shuib Taib menerusi Instagram akhirnya merungkai teka-teki tentang status keberadaan mereka.
“Thank you so very much Shuib. We miss you (Terima kasih tak terhingga, Shuib. Kami rindukan awak),” tulisnya ringkas membalas kiriman ucapan hari lahir daripada Shuib.
Sudah tentu keterujaan menerima mesej balas tersebut dikongsikan Shuib menerusi akaun Instagram dan Facebooknya. Walaupun mesej balas yang diterima itu pendek dan ringkas, namun ia tetap memberi kelegaan bukan hanya pada Shuib, bahkan kepada seluruh peminat Anita, atau nama sebenarnya Ithnaini Mohamed Taib.
Shuib yang merupakan antara rakan media paling akrab memaklumkan bahawa Anita dan suaminya berada dalam keadaan sihat serta mereka mahu menikmati kehidupan yang normal. Bagaimanapun, Shuib tidak memaklumkan kepada umum lokasi kediaman pasangan itu bagi menghormati privasi mereka.
Bulan lalu, adik Anita yang merupakan bekas pelakon popular Noorkumalasati ada berkongsi perkembangan terkini tentang kakaknya. Kata Noorkumalasari, Anita berada dalam keadaan sihat di Amerika Syarikat (AS) dan kerap menelefon kakak sulung mereka setiap kali menjelang hari raya. Semoga Anita Sarawak dan suami terus berada dalam keadaan baik di sana.
Baca juga: “Aku Kena Saman Lagi Guys” – Lan Solo Bengang Individu Buat Aduan Terhadap Kedainya Sehingga Disaman
Sumber daripada: Kosmo