Ramai selebriti Malaysia menimang cahaya mata pada tahun ini termasuklah pelakon si cantik manis, Emma Maembong. Emma yang baru bergelar ibu itu masih lagi berpantang sekali lagi telah menarik perhatian netizen apabila berkongsi gambar dirinya dan anak lelaki yang bernama Gabriel.
Menerusi perkongsian gambarnya di ruangan Instagram, Emma menulis kapsyen menyatakan bahawa warna mata anaknya mungkin dari darah kacukan keluarganya yang berasal dari Scotland. Fuh! Mata kelabu mesti handsome bila dah besar nanti..
Emma yang belum lagi berkongsi nama penuh anaknya telah menerima pujian daripada pengikutnya di ruangan komen. Rata-rata mereka menyatakan warna mata Emma dan anaknya itu sangat unik. Gambar yang dikongsikan Emma tersebut sangat jelas menunjukkan anak mata Emma berwarna coklat dan anaknya pula berwarna kelabu. Jadi, itu bukan edit ya makcik dan pakcik bawang.. Opps!
Gambar yang menampakkan warna mata dua beranak itu telah meraih hampir 150 ribu tanda suka dan menerima lebih ……. komen. Masing-masing excited tengok gambar warna mata anak Emma. Ada benarnya juga sebab jarang sekali kita dapat lihat warna mata seperti itu.
Terdahulu, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail sah bergelar isteri kepada Muhammad Shazli Azhar dengan sekali lafaz pada 20 Februari 2020. Apapun, kami ucapkan semoga yang baik-baik sahaja unuk Emma dan Gabriel! Selepas ini tak sabar pula nak tengok baby Fatima, anak Fazura dan Fattah.. Agaknya warna apa mata dia ya?
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Emma Maembong hamil empat bulan
Emma Maembong Rahsiakan Majlis Pernikahan Demi…
Sumber: Instagram Emma Maembong
