Kool FM

“Makin Cantik Aisha..” – Fasha Sandha Akui Ramai Minta Video Terkini Anaknya, Aisha Amaira 

Menjadi seorang selebriti yang sudah berumah tangga semestinya gerak geri mereka sering mendapat perhatian orang ramai. Terutamanya jika mereka sudah mempunyai cahaya mata, perhatian netizen mula beralih kepada anak kecil selebriti-selebriti kesayangan mereka. Baru-baru ini, pelakon jelita dan hebat Fasha Sandha akui ramai dalam kalangan pengikutnya yang rindu untuk melihat perkembangan dan gelagat comel anaknya Aisha Amaira Aidil Aziz.

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Fasha memaklumkan Aisha kini sudah berusia 9 bulan. Nampak gayanya wajah comel puteri Fasha dan Aidil yang dilahirkan pada Ogos tahun lalu ini sering mendapat tumpuan netizen sehinggakan ramai yang direct message (DM) meminta Fasha memuat naik video terkini si cilik Aisha. Nasib baik la Fasha rajin melayankan saja permintaan peminat-peminat si comel Aisha ni ya.

Baca juga: Muat Naik Video Anak Bermain Tisu, Anak Fasha Sandha Dipuji Seiras Anak Fazura

Menerjah di ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikutnya yang memuji wajah dan gelagat Aisha yang putih, comel dan gebu itu. Rata-rata daripada mereka teruja melihat Aisha yang semakin besar semakin cantik persis ibunya.  Manis sangat Aisha ni, tengok video keletahnya saja boleh tersenyum, mana mungkin pengikut Fasha tidak jatuh hati pada kecomelan anaknya ini. Hihi..

“Alololo comeynya…sejuk je tgk aisha ni..moga aisha membesar dgn baik dan jd anak solehah ibu dan ayah..moga jadi hafizah suatu hr nanti…Aamiin” kata salah seorang pengikut Fasha.

Selamat 9 bulan Aisha! Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang taat kepada ibu bapa dan cerdik pandai. Selain anak Fasha dan Aidil, si cilik pasangan selebriti mana lagi menempah nama di hati anda?

Baca juga: “Muka Ketat Pun Comel” – Kongsi Gambar Di Instagram, Ramai Terpegun Kecomelan Anak Fasha Sandha

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram Fasha Sandha 

Exit mobile version