Walaupun tahun ini kita tidak dapat beraya bersama keluarga besar dikampung, namun ianya tetap meriah bersama keluarga kecil di rumah. Sebagai rakyat yang prihatin, sama-sama #kitajagakita demi melandaikan Covid-19. Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menghalang warganet kongsi gambar memakai baju raya di media sosial.
Perkongsian gambar raya oleh selebriti tanah air semestinya yang dinanti-nanti terutamanya oleh peminat setia mereka. Namun, baru-baru ini, ada satu pasangan baru dilihat tidak berkongsi gambar raya bersama. Tindakan kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila yang berkongsi gambar raya tanpa kehadiran suaminya, ahli perniagaan Engku Emran telah mengundang persoalan netizen. Menerusi laman Instagram, Noor Nabila hanya memuat naik gambar diri seorang diri tanpa anak dan suami dengan mengucapkan salam Aidilfitri kepada semua peminat dan pengikut.
Baca artikel menarik lain: Neelofa Kongsi Video Pendek Perkahwinan Kakaknya, Noor Nabila Sah Nikahi Engku Emran
View this post on Instagram
Apabila meninjau ke ruangan komen, terdapat beberapa individu bertanya dan meminta Noor Nabila supaya memuat naik gambar busana sedondon bersama suaminya dan ada yang menyatakan mereka akan kelihatan romantis memakai pakaian tema yang sama, apatah lagi tahun ini merupakan tahun raya pertama mereka bersama selepas mendirikan rumah tangga pada 19 Mac lalu.
Bagaimanapun, Noor Nabila tidak memberikan sebarang jawapan dan tidak jelaskan mengapa tiada gambar dirinya bersama keluarga kecilnya itu. Apapun, masih sempat lagi kami di Kool FM mengucapkan Selamat Hari Raya!
Baca juga: “Sedih Pula Baca Ayat Ni” – Ucapan Sempoi Sharnaz Sempena Perkahwinan Nabila Buat Netizen Sebak
Sumber: Instagram Noor Nabila