Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Manisnya! Lyla Amina Pilihan Scha Alyahya Dan Awal Ashaari

today12 March 2021

Background

Selepas sebulan lahirnya puteri kedua pasangan selebriti sama cantik sama padan Scha Alyahya dan Awal Ashaari, malam semalam mereka telah berkongsi nama puterinya iaitu Lyla Amina. Perkongsian tersebut telah dikongsikan di dalam sebuah realiti program Scha dan Awal bersempena perjalanan mereka dari mengandung sehinggalah melahirkan anak mereka itu.

Jika sebelum ini adik Lara Alana hanya dipanggil Baby L sahaja, kini adik Lara sudah boleh dipanggil dengan nama Lyla. Nama indah yang penuh makna itu sudah pasti membuatkan tuan empunya badan sentiasa disayangi oleh keluarganya.

Semalam juga, Scha sempat berkongsi sepotong video pendek di Instastory Instagram miliknya tentang pengumuman nama anak keduanya, Lyla. Sementara itu di Instagram milik pengacara hebat, Awal pula sempat berkongsi petunjuk nama anaknya itu sebelum program tersebut disiarkan.

LA or LY? Haaa dua huruf ni yang buat Daddy tak boleh tidur malam.

Menerusi perkongsian Awal, dia menyatakan mereka sukar untuk tidur malam memikirkan nama yang terbaik untuk anaknya itu dan akhirnya telah menemui kata sepakat bersama Scha untuk memilih nama Lyla Amina. Tambah Awal, mereka sukar untuk membuat pilihan berikutan ada dua pilihan nama yang menarik perhatian mereka namun apabila berbincang dan fikirkan yang mana paling sesuai dengan anaknya itu.

seperti bapa yang lain, Awal juga telah membuat temu janji dengan Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya untuk mendaftarkan nama anaknya. Terdahulu, Lyla Amina dilahirkan pada 12 Februari 2021 di sebuh hospital di Kuala Lumpur.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Selamat Lahir Anak Kedua, Scha & Awal Tulis Warkah Untuk Lara Sampai Netizen Sedih

Ditegur tiada baby bump, suami Scha Al Yahya beri jawapan

 

 

Sumber: Instagram Scha Alyahya dan Awal Ashaari

Written by: Adinna


Previous post

‘Bukan Sahaja Tidak Restu, Tapi Sang Ibu Tidak Tahu’ – Ibu Hannah Delisha

Hiburan

‘Bukan Sahaja Tidak Restu, Tapi Sang Ibu Tidak Tahu’ – Ibu Hannah Delisha

March 12th, 2021 | by WanIsu & Kontroversi Hannah Delisha yang mengumumkan pernikahan dengan jejaka pilihan hati, Imam Shah bulan lalu kini dihimpit pelbagai kontroversi. Ada dakwaan mengatakan pernikahan pelakon jelita itu tidak direstui ibunya, Noor Ashikin Ahmad. Artikel Berkaitan: Gara-Gara Baju Eleena Sui, Netizen Dapat ‘Bukti’ Hannah Delisha Sebenarnya Nikah Tahun Lepas? Artikel Berkaitan: Guna Hashtag #IbuTidakRestu, Puisi Dikongsi Ibu Hannah Delisha Cetus Persoalan Terbaru, Noor... Klik untuk baca […]

today12 March 2021