Kemelut di antara hubungan anak beranak Serian Redzuawan dan bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, nampaknya seakan belum selesai. Terbaru Chef Wan telah pun membuat kenyataan bahawa dia kecewa dengan apa yang berlaku, namun reda dengan perkahwinan anaknya.

Ramai berteka-teki sama ada benar Serina dan suami yang bernama Aidid bernikah di Thailand dan adakah Serina isteri kedua lelaki berkenaan?
Baca : “Kahwin Di Siam Sebagai Isteri Kedua?”- Chef Wan Luah Rasa Kecewa, Ini Penjelasan Serina
Maklum balas Serina menerusi posting di Instagram menyatakan dia bernikah di dalam negara secara tertutup dan suaminya adalah duda, mempunyai masalah perkahwinan jarak jauh dan mereka belum dikuarniakan zuriat.
Kontroversi perkahwinan Serina dan Aidi yang juga seorang pegawai kanan Polis berpangkat Inspektor menjadi semakin panas apabila wanita bernama Nur Hamizah Shaffee mendakwa dirinya adalah isteri kepada Aidid ketika Serina dan suaminya mendirikan rumah tangga.
Tambahnya, dakwaan Serina bahawa Aidid berstatus duda ketika mereka bernikah secara senyap di Perlis adalah tidak benar.
Menurut laporan sebuah portal, Hamizah cuma mahu membersihkan nama keluarga dan tidak tahu mengapa mereka mahu menipu.
“Hubungan saya dengan bekas suami pun tiada sebarang masalah dan kami jalani kehidupan bahagia biarpun kadangkala terpaksa berjauhan kerana kerja masing-masing.
“Pada 9 Mac lalu, saya diceraikan dengan talak satu. Cukup sebulan kami bercerai, Serina kongsi berita perkahwinan mereka kepada umum,” katanya.
Menurut Hamizah, perkahwinan tersebut berlaku tanpa kebenarannya selaku isteri pertama.
Nampaknya ada percanggahan maklumat yang diberikan kerana ia berbeza dengan apa yang diberitahu kepada umum sebelum ini. Apa pun, diharap agar segala kesulitan dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Baca juga: ” Anak Kau Dah Kahwin Kau Tak Tahu? “- Chef Wan Terkejut Serina Kahwin Di Siam
Sumber: Mstar