Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Masjid Agong Yang Diruntuh Penjajah” – Jejak Rasul Dedah Kota A Famosa Di Bina Atas Masjid Agung Melaka

today7 May 2021

Background

Memang menarik rancangan Jejak Rasul pada tahun ini apabila menyingkap semula sejarah ketamadunan Islam di Malaysia. Melalui perkongsian pengacaranya, iaitu Fedtri Yahya di Instagram, terdapat satu episod yang membongkar sejarah Masjid Agong yang diruntuhkan oleh penjajah bagi membina Kota A Famosa. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

Bagaimanapun, bila kita sebut Kota A Famosa jangan terkeliru pula dengan “Porta de Santigo” iaitu tempat yang selalu menjadi tumpuan pelancong. Menurut Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Masjid Agong di zaman keagungan Kesultanan Melaka memang wujud tetapi tapaknya bukan di pintu gerbang Kota A Famosa, iaitu  Porta de Santiago, tetapi  di sekitar Bulatan Kancil berhadapan Bangunan Stadthuys.

Baca juga: Rumah-Rumah Warisan Melayu Dan Asal Usulnya

Kedua-dua tempat ini adalah sebahagian daripada Kota A Famosa yang luas. Jangan terkeliru pula ye. Namun apa yang dikongsikan dalam Jejak Rasul adalah benar apabila menyatakan Masjid Agong berada di dalam Kota A Famosa. Menerusi penjelasan lanjut dari PERZIM, memang ada dalam catatan sumber Portugis dan sejarah Melayu mengenai Masjid Agong tersebut, yang mana ia diruntuhkan dan dibakar oleh penjajah Portugis ketika menakluk Melaka pada 1511.

Tambahan lagi, Surau Warisan yang ada sekarang dikatakan dibina sebagai simbolik adanya sebuah masjid di kawasan tersebut. Jadi tidak dapat disangkal lagi bahawa Kota A Famosa sebenarnya dibina di atas runtuhan Kota Melaka dengan menggunakan bahan sekitar termasuk runtuhan binaan masjid, istana dan pelbagai lagi.

Memang menarik sungguh perkongsian dan pendedahan ini. Mungkin ada yang sudah tahu dengan kisah runtuhan Kota Melaka yang digunakan oleh Portugis untuk membina Kota A Famosa, namun kisah ini patut disampaikan juga kepada generasi akan datang. Sejarah kita, warisan kita. 

Baca juga: [VIDEO] “Asyik Kita Je Obses Drama Korea” – Orang Korea React Drama Melayu, Takdir Yang Tertulis Terima Pujian

Sumber daripada: Bernama

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Lifestyle

“Senang Nak Cebok” – Lelaki Ini Beli Baju Melayu Raya, Sekali Senteng Sebelah Pula. Lawak!

Susulan tularnya ciapan berkenaan yang kini meraih sebanyak 16K retweets, 20.7K likes dan 1.2K quote tweets, rata-rata netizen turut terhibur melihat foto tersebut.Malah, ada yang berkata baju Melayu itu dijahit pendek sebelah dengan tujuan supaya senang nak basuh pinggan semasa hari raya nanti.Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

today7 May 2021