Selepas pelbagai kontroversi tentang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang melanda beberapa selebriti, kini setiap tingkah laku mereka diperhatikan dengan lebih teliti oleh warganet gara-gara ada yang beranggapan selebriti adalah golongan kayangan yang tidak akan dikenakan denda.
Terbaru seorang pelakon kecil molek, Intan Najuwa menerima perhatian dan kecaman hebat daripada warganet di TikTok hanya kerana sebuah video yang menunjukkan dirinya keluar dari rumah tidak memakai pelitup muka tetapi hanya memegang pelitup muka di tangan sahaja.
Video perkongsian Intan Najuwa tersebut telah ditonton lebih 1 juta tontonan dan menerima lebih 1300 komen yang kebanyakannya mempersoalkan tindakannya yang tidak memakai pelitup muka.
@intannajuwaaaSalam Ramadhan ????????♬ Selamanya Cinta – From “Surga Yang Tak Dirindukan 3” – Bunga Citra Lestari
Baca juga: Tak Pasal-Pasal Instafamous Jadi Banduan Sehari Gara-Gara Honeymoon
Perkongsian tersebut bagaimanapun telah membuatkan warganet di TikTok berdebat dan menyatakan tindakan Intan Najuwa itu adalah tidak bertanggungjawab dan sebagai seorang selebriti, Intan seharusnya memberi contoh yang baik kepada pengikut dan peminatnya.





Buat masa ini, Intan masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan isunya itu. Namun, video perkongsian tersebut masih lagi menerima kecaman dan persoalan daripada warganet. Difahamkan menerusi pemantauan di ruangan komen itu, rata-ratanya menyatakan mereka bukan mencari salah selebriti tetapi tindakan ini dianggap sangat tidak bertanggungjawab. Hmm, mungkin ada benar kata warga TikTok.. Apa pula pendapat anda?
Baca artikel lain: “Gelak Pun Sama Dengan Ayam..” – Warganet Terhibur Gelak Kak Lina Pom Pom Di ‘Ejek’ Ayam Belanda
Sumber: TikTok Intan Najuwa