Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Memang Kena Bagi Bantuan Sampai Masuk Kubur Ke?” – Michael Ang ‘Sekolahkan’ Netizen Tentang Self-Lockdown

today24 May 2021

Background

Bila tengok kes jangkitan harian kini mencecah angka 6,000 hampir setiap hari, kita patut risau. Tapi dalam kerisauan tu apa je yang boleh kita lakukan? Disebabkan kerajaan tidak mampu untuk buat ‘total lockdown’ untuk kawal penularan wabak ini, maka kita semua diminta untuk lakukan ‘self-lockdown’. 

Bila lihat istilah self-lockdown ni nampak seolah-olah kita diminta untuk berkurung sendirian di rumah dan tidak dibenarkan untuk keluar rumah. Mungkin itu apa yang sesetengah orang faham. Bagaimanapun, pemahaman itu mungkin kurang tepat. Menerusi hantaran di Instagram milik Michael Ang, dia turun terpanggil untuk memperbetulkan tanggapan ini apabila terdapat wargamaya yang menyatakan mereka tidak boleh self-lockdown kerana masih perlu pergi bekerja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Baca juga: Dituduh Kuat Main Judi Dan Ada Anak Luar Nikah, Ali Puteh Tawar RM1,000 Cari Individu Fitnah Dirinya

Wargamaya tersebut mempersoalkan tentang self-lockdown kepada Michael Ang dan menyatakan tidak semua orang boleh lakukannya kerana bukan semua orang adalah majikan seperti Michael. Namun, Michael menjelaskan orang bekerja pun boleh lakukan self-lockdown dengan pergi kerja dan balik kerja sahaja. Katanya lagi, makanan juga boleh dibungkus dari rumah dan tidak perlu keluar pada waktu lunch, dan juga sentiasa jaga prosedur operasi standard (SOP) dalam pejabat. 

“Sudahlah dengan alasan tak boleh lockdown sebab kerajaan tak bantu. Takkan nak suap sampai masuk kubur!” kata Michael tegas seperti ‘menyekolahkan’ wargamaya tersebut.

Setuju ataupun tidak, ia sudah menjadi saranan dari kerajaan bagi membendung penularan ini. Sementara itu, meninjau di ruangan komen, ramai juga yang kurang bersetuju terutamanya bagi golongan peniaga kecil yang masih perlu keluar setiap hari untuk mencari rezeki. 

Bagi mereka yang bersetuju pula, bukan berniat menidakkan kepayahan sesetengah orang, tetapi minta semua orang untuk lebih bertanggungjawab dalam menjaga SOP ketika berada di luar. Apa yang jelas, self-lockdown ini bukanlah bererti kita perlu mengurung diri di rumah sepenuh masa, tetapi memaksimakan pematuhan SOP kita, mengurangkan pergerakan serta mengurangkan interaksi kita dengan orang lain. 

Baca juga: Misteri Di Sebalik Asal Usul ‘Orang Lumpur’ Papua New Guinea

Sumber daripada: Instagram

Written by: Hamka Rosli


Previous post