Baru-baru ini, Ustaz Ebit Lew (UEL) memaklumkan bahawa beliau dan pasukannya akan berangkat ke Palestin bagi Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin. Misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang dirancang oleh delegasi pendakwah terkenal itu juga turut mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa.
Usaha dan niat murni UEL itu disambut baik oleh semua rakyat Malaysia. Kini, UEL bersama team telah pun selamat sampai ke Mesir dan dalam perjalanan ke Gaza bagi meneruskan misi kemanusiaan di sana.
View this post on Instagram
Baca juga: [VIDEO] “Mama Mana Pulak Ni” – Netizen Terhibur Lihat Tomok Cuak Anak Bongsu Panggil ‘Mama’
“Syukur pada Allah sebaik sampai ke Mesir disambut baik oleh Kedutaan Malaysia di Mesir. Saya akan menguruskan dan membeli barang perubatan dan segala keperluan yang akan di hantar terus ke Gaza hari ini,” ujar beliau.
Sementara itu, UEL turut berkongsi proses bantuannya di sana serta barangan yang telah dibelinya seperti ubat-ubatan yang akan dihantar terus ke hospital-hospital Gaza. Banyak ubat yang dibelikan sehingga memerlukan dua treler besar dan beberapa lori. UEL memaklumkan dia bekerjasana dengan Egypt Red Crescent dan juga Palestin Red Crescent dalam misinya itu.
Syukur pada Allah sebaik sampai ke Mesir disambut baik oleh Kedutaan Malaysia di Mesir. Saya akan menguruskan dan membeli barang perubatan dan segala keperluan yang akan di hantar terus ke Gaza hari ini.
Terima kasih atas doa dari semua rakyat Malaysia. pic.twitter.com/OyIwhstvmw
— Pesan Ebit Lew (@ustazebitlew) May 27, 2021
Perkongsiannya di Instagram itu mendapat lebih satu juta tontonan dalam masa kurang 24 jam, dan rata-rata wargamaya mengucapkan terima kasih serta mendoakan dipermudahkan urusannya di sana. Dr Halina yang juga merupakan isteri kepada angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor turut menyatakan dugaan untuk masuk ke Gaza di sempadan Rafah dan mendoakan urusan UEL dipermudahkan. Kami di sini juga mendoakan agar urusan Ustaz Ebit Lew di sana selamat dan dapat membantu rakyat Palestin yang terkesan di sana.
Sumber daripada: Instagram