Kecoh sekali lagi isu berkaitan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau popular disapa Nur Sajat, apabila tular di media sosial videonya seolah-olah menunjukkan niat ingin menukar agama. Tidak pasti bila video itu dimuatnaik, namun video yang memaparkan pengakuan usahawan kosmetik berusia 36 tahun itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
Rata-rata menyatakan isu tersebut agak besar dan tidak boleh dibuat main. Dalam pada itu, Syed Mohd Bakri juga turut tampil memberikan nasihat terhadap Nur Sajat. Menurut Syed, dalam isu yang membelengu Sajat beberapa minggu ini, dia tidak boleh menyalahkan sesiapa sebaliknya cuba memperbetulkan diri sendiri.
“Saya rasa Sajat kena salahkan diri sendiri yang semakin hari, semakin hanyut dengan kemewahan yang dimiliki serta dunia khayalan ciptaannya yang telah menipu daya dirinya,” kata Syed yang juga merupakan bekas peserta sebuah rancangan realiti berbentuk dakwah.
Walaupun menerima pelbagai kecaman terhadap isu terbabit, segelintir warganet tetap mendoakan agar Sajat diberikan hidayah dan petunjuk.
View this post on Instagram
Terdahulu, Nur Sajat dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghina Islam. Bagaimanapun, dia dipercayai bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah terbabit. Dalam pada itu, polis Selangor bersedia bekerjasama dan membantu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesan Nur Sajat. Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dilaporkan berkata, pihaknya bersedia membantu Jais mengesan Nur Sajat yang menghilangkan diri, baru-baru ini.
Baca juga artikel menarik lain:
“Jumlah Rakyat Jatuh Miskin Semakin Meningkat Akibat Pandemik” – Perdana Menteri
“Bab Lapar Jangan Cari Pasal” – 11 Lelaki Mengamuk Di Restoran Sebab Tak Dapat Order Makanan
Sumber daripada: Harian Metro