Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Merokok Tak Takut Tapi Kena ‘Blood Clot’ Sebab Vaksin Takut Pula..” – Netizen Mempertikai Vaksin AstraZeneca

today3 May 2021

Background

Semakin mencanak kes jangkitan pandemik COVID-19 dalam Malaysia ini, semakin kita tidak senang duduk dan takut untuk keluar rumah. Vaksin AstraZeneca dibuka untuk pendaftaran kepada rakyat Malaysia khususnya yang berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Pendaftaran secara suka rela yang dibuka pada jam 12 tengah hari semalam mendapat sambutan yang baik daripada rakyat Malaysia yang berpusu-pusu mendaftarkan diri untuk mendapat vaksin tersebut. Orang kata, laku macam goreng pisang panas!

Namun begitu, ada juga segelintir daripada rakyat Malaysia yang masih dalam fasa ragu-ragu untuk mendaftarkan diri bagi mendapatkan vaksin baharu ini. Mungkin juga dek kerana pihak berkuasa tidak menerangkan secara lebih teliti mengenai vaksin ini atau kemungkinan mereka berasa takut disebabkan beberapa isu penerima vaksin AstraZeneca di beberapa luar negara yang tidak berjaya akibat daripada darah beku.

Baca juga:[VIDEO] “Dah Tak Kisah SOP Ke..?” – Netizen Persoalkan Salah ‘Siapa’ Rakyat Langgar SOP

Namun begitu, meninjau di sebuah ciapan yang tular di Twitter, nampak gayanya ramai di antara kita yang telah membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat andaian tersendiri. Ini adalah langkah yang harus dipuji kerana telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia amat mengambil berat mengenai hal ehwal isu semasa. Apabila menyebut mengenai hal vaksin ini, pemahaman secara menyeluruh adalah penting daripada dasarnya sahaja.

Bagaimanapun, ramai di antara kita yang berjaya menempahkan nama untuk mendapatkan vaksin ini. Syabas rakyat Malaysia! Terbukti bahawa kita sebenarnya senantiasa menunggu vaksin daripada pihak berkuasa. Cuma sekarang kita harus menunggu dengan lebih sikit bagi mengutamakan mereka yang berada di fasa 1 dan fasa 2. Apa yang kita boleh lakukan pada masa ini adalah menurut perintah kerajaan, mengamalkan penjarakan sosial dan teruskan mengikut Operasi Standard Prosedur (SOP).

Baca juga: Terus Cetus Kontroversi, Neelofa Rentas Negeri Lagi Ke Kedai Karpet?

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Twitter

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Terkini

Kurma penerus legasi Andalusia – Kosmo Digital

PANDEMIK Covid-19 memberi impak yang terlalu besar kepada sektor pelancongan dan juga kepada perniagaan menguruskan umrah dan ziarah. Tidak terkecuali dalam menghadapi cabaran tersebut adalah Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia Travel) Kurang setahun lalu, syarikat ini menjangkakan bakal menguruskan sekurang-kurangnya 40,000 jemaah umrah bagi tahun 1442 Hijrah (tahun semasa), ketika wabak dilihat beransur pulih pada Julai tahun lalu. Melihat kepada persekitaran yang sukar kini,... Klik untuk baca artikel […]

today3 May 2021