Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video pendek yang memaparkan gaya solekan wanita bagi sepanjang zaman di tanah air kita. Dari gaya solekan dan pakaian seperti Saloma, sehinggalah seperti ratu rock sekitar tahun 1990-an. Ramai yang memuji content video sebegitu yang dikatakan seperti mengimbas semula memori lampau atau gaya-gaya yang trend satu ketika dahulu.
Time traveler pic.twitter.com/GdMnIKg9qG
— penanam anggur (@anthraxxxx) April 3, 2021
Bagaimanapun, terdapat satu pengguna Twitter yang menyuarakan pendapat supaya pereka fesyen tempatan menggunakan model berwajah Melayu untuk memperagakan baju kurung. Menurutnya, model ‘orang putih’ seperti tidak sepadan apabila memperagakan baju kurung, yang mana ia adalah salah satu baju warisan orang Melayu.

Rata-rata wargamaya bersetuju dengan pendapat tersebut. Mungkin merasakan adalah lebih baik jika baju kurung itu diperagakan sendiri oleh orang Melayu. Bagaimanapun, seorang pereka Fesyen tempatan, dikenali dengan nama Rico Rinaldi memberi jawapan balas terhadap cadangan tersebut. Selaku seseorang yang berada dalam industri fesyen, Rico berkongsi pendapatnya mengenai kenapa pereka fesyen tempatan tidak menggunakan model Melayu untuk memperagakan baju kurung.
Menurut Rico, semuanya berbalik kepada hukum dalam Islam, kerana beliau pernah bertanya kepada seorang ustaz mengenai hal ini. Jawapan yang diterima Rico adalah, berdosa untuk menggunakan model Muslim apabila gambar yang diambil itu mendedahkan aurat. Jadi, bagi mengelakkan perkara tersebut, Rico menggunakan orang bukan Islam sebagai model.
Hi @chizaxoxo Since u tag I so I jawab lah yer ☺️ benda ni bukan sekali je i terima and I dah pernah explain: so baca sampai habis.
1) I pernah tanya ustaz. Apa hukum saya guna model Muslim dan saya dedahkan aurat dia. Straight to point: Berdosa. So untuk elak I guna non muslim
— Rico Rinaldi (@ricorinaldi) April 3, 2021
Menyambung penjelasannya, Rico berkata sekiranya menggunakan model yang berhijab, banyak perkara perlu diambil kira termasuk masa dan juga coasting. Selain itu, bukan semua pelanggannya mengenakan hijab, jadi lebih senang sekiranya baju yang digayakan itu menampakkan bahagian leher untuk pelanggan tahu coraknya.
Jadi itulah antara sebab kenapa pereka fesyen tempatan tidak menggunakan model Melayu bagi memperagakan baju-baju mereka. Sebagai orang awam, kita pula kenalah hormat dengan cara mereka itu yang dilakukan atas nasihat pakar dalam bab agama. Tidak semberono menggunakan model ‘orang putih’, tetapi bersebab.
Baca juga artikel menarik lain: