Covid-19 ada di mana-mana! Terbaru, selebriti Puteri Sarah Liyana telah berkongsi khabar duka bahawa dirinya positif Cocid-19. Difahamkan, selepas tiga kali melakukan ujian calitan, Puteri Sarah Liyana mengesahkan dirinya positif virus bahaya itu. Menerusi perkongsiannya di Instagram semalam, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menerima banyak komen dan doa daripada pengikutnya.
Tambah isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof, dia tidak menyangka akan dijangikiti wabak tersebut meskipun tidak menunjukkan sebarang simptom yang membimbangkan. Katanya, dia telah menjadi jarak dan cuba sebaiknya untuk kurang mendedahkan diri kepada virus berkenaan namun ia tetap berlaku kepadanya.
Baca artikel lain: “Ibu Abang Johan Pesan, Jika Ada Yang Melamar Terima Sahaja..” Nora Ariffin Akui Sudah Terima Lamaran Daripada Seseorang
“Assalamualaikum semua, sebaik-baik kita menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan tak campur orang, akhirnya kecundang juga.
“Paling menyedihkan, semalam buat lagi ujian calitan sebab saya tak ada deria rasa bila makan dan tak ada deria bau. Bila buat ujian calitan ketiga semalam, saya disahkan positif Covid-19,”
Dalam hantaran yang sama, Puteri Sarah juga sempat memohon maaf kepada ahli keluarga dan kontak rapat yang pernah bertemu dengannya sebelum ini. Dia juga memohon agak sesiapa yang ada berjumpa dengannya untuk lakukan ujian calitan secepat mungkin. Puteri Sarah kemudiannya meminta pengikutnya untuk mendoakan dirinya dan sekeluarga. Tambah, Puteri Sarah juga berpesan supaya orang ramai tidak keluar rumah jika tiada ada apa-apa urusan penting. Semoga cepat sembuh Puteri Sarah!
Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana
