Terdahulu, nama Instafamous Nadira Isaac terpalit dengan kontroversi selepas tular gambarnya berpakaian seksi di suatu majlis bersama Pencetus Ummah (PU) Amin. Bermacam-macam tomahan diterima olehnya malah PU Amin juga turut menerima tempias daripada kontroversi tersebut.
Terbaru, Nadira tampil memohon maaf secara terbuka kepada Pencetus Ummah (PU) Amin dan wargamaya susulan kontroversi gambar berkenaan di laman Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Jelasnya, dia tidak menyangka tindakan memuat naik gambar bersama PU Amin itu boleh mencetuskan situasi buruk. Katanya, dia memuat naik gambar tersebut tanpa ada sebarang niat buruk sebaliknya hanya ingin berkongsi sekeping foto sama seperti yang lain.
Namun, apa yang menarik perhatian dan menjadi bualan warganet bukanlah permohonan maaf yang dikongsikan tetapi pakaian Nadira yang terbuka di bahagian atas sehingga mengganggu pandangan.

Rata-rata memberikan nasihat buat Nadira supaya menghormati PU Amin dan juga bulan Ramadan yang mulia ini dengan berpakaian lebih sopan.

Di akhir kata video tersebut, Nadira ada memohon doa wargamaya supaya mendoakannya dan rakan-rakan kembali ke pangkal jalan.
Janganlah kita menjadi seperti orang yang angkuh dan ego dalam meneliti manusia lain. Mungkin mereka juga sedang berusaha sama seperti kita. Apa pun, kita doakan yang terbaik buat Nadira Isaac.
Sumber: Nadira Isaac