Kool FM

Mitos-Mitos Bulan Puasa Yang Pernah Dipercayai Satu Ketika Dahulu

Puasa merupakan satu ibadah wajib ke atas umat Islam yang telah memenuhi syaratnya. Tapi kita sudah dari kecil diajar untuk berpuasa. Ada yang seawal usia 5 tahun sudah diajar berpuasa, walaupun puasa setengah hari. Antara larangan ketika berpuasa, semestinya yang paling obvious adalah larangan makan dan minum dari terbit matahari sampailah terbenam matahari. Selain itu, amalan bulan puasa yang sering kita buat adalah solat tarawih dan ibadah-ibadah sunat lain yang digalakkan untuk mengimarahkan lagi bulan Ramadan. Walaupun kebanyakkan larangan dan amalan yang kita dah pelajari atau ketahui, ada juga sebenarnya mitos-mitos bulan puasa yang mungkin kita masih percaya.

Perempuan Mengandung Tak Dibenarkan Berpuasa Langsung

Mungkin ada yang pernah dengar pasal ni dan masih perpegang dengan kepercayaan ni. Sekiranya wanita yang sedang mengandung yakin bahawa dia berada dalam keadaan yang sihat, dan yakin bayi di dalam kandungan juga sihat serta telah mendapatkan nasihat doktor, maka dia dibenarkan untuk berpuasa. Sekiranya wanita tersebut memilih untuk tidak berpuasa demi kesejahteraan kandungannya dan kesihatannya, kenalah ganti puasa tersebut.

Solat Tarawih Minimum 8 Rakaat Ke?

Image via:https://www.bharian.com.my/

Secara amnya, rakaat minimum bagi semua solat sunat adalah dua rakaat. Memandangkan solat tarawih merupakan solat sunat, maka dua rakaat pun sudah memadai. Pada zaman Rasulullah S.A.W, solat tarawih dikerjakan sebanyak lapan rakaat saja supaya tidak menimbulkan beban. Tambahan lagi, Rasulullah S.A.W tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan dalam solat tarawih. Mungkin lepas ni kalau anda rasa macam berat je badan, nak buat dua rakaat pun tak apa.

Baca juga: Ketahui 6 Peribahasa Ini Yang Sering Disalah Erti

Waktu Sahur Habis Semasa Masuk Waktu Imsak

Ini pun ramai juga yang baru tahu. Sebenarnya waktu imsak tu, yang 10 minit lagi sebelum waktu subuh, merupakan indicator atau pemberitahu waktu subuh dah nak dekat. Masuk sahaja waktu subuh atau terdengar je azan subuh, barulah kita tak boleh makan dah sebab puasa sudah bermula. Selagi belum masuk waktu subuh, kita masih boleh lagi makan dan minum.

Kalau Lupa Niat Puasa Tak Boleh Berpuasa

Jangan risau guys puasa tu masih sah walaupun kita terlupa niat malam sebelum puasa. Asalkan kita memang sudah ada niat untuk berpuasa keesokkan harinya. Ada juga ulama yang menyarankan untuk berniat keesokkan harinya jika malam sebelum tu lupa nak niat. Cara paling selamat adalah untuk niat berpuasa sebulan terus. Tapi masih kena niat puasa macam biasa juga ye setiap malam. Niat puasa sebulan tu sebagai backup kalau kita terlupa niat puasa.

Kalau Kena Injection Boleh Batal Puasa

Tidak. Sebarang suntikan bagi tujuan perubatan adalah tidak membatalkan puasa. Jangan pula lepas ni pergi jumpa doktor, kena injection balik tu terus makan sebab ingat dah batal puasa. Siapa yang akan terima suntikan vaksin COVID-19 pada bulan puasa ni, boleh teruskan berpuasa.

Guna Inhaler Pun Batal Puasa

Memasukkan objek asing ke dalam rongga mulut boleh membatalkan puasa. Bagaimanapun, memasukkan atau menyedut inhaler bagi tujuan perubatan adalah dibenarkan dan tidak membatalkan puasa.

Tak Boleh Gosok Gigi

Ia merupakan perkara yang makruh, tapi tidak membatalkan puasa. Kita dibenarkan untuk gosok gigi dan berkumuh untuk mengelakkan bau mulut, tetapi perlu berjaga-jaga jangan sampai tertelan air kumuhan tu. Terdapat satu hadis oleh Imam Tirmizi yang diriwayatkan oleh seorang sahabat Rasulullah S.A.W., Rabi’ah R.A yang menyebut bahawa dia telah melihat Rasululah S.A.W. berkali-kali menggosok gigi menggunakan siwak ketika baginda dalam berpuasa.

Jadi itulah antara mitos-mitos semasa bulan puasa yang menjadi kepercayaan antara kita semua. Sebenarnya untuk penjelasan soal agama yang lebih details, lebih baik rujuk kepada yang ahlinya seperti ulama-ulama atau mufti. Semoga perkongsian yang kecil ini memberi manfaat kepada anda di bulan puasa yang mulia ini.

Baca juga: 10 Fakta Saintifik Popular Yang Kini Tidak Boleh Digunapakai Lagi

Sumber daripada: HHWT

Exit mobile version