Kool FM

“MK Pun Keluar 3 Hari Guys” – Kini Giliran MK K-Clique Ikut Jemaah, Dekatkan Diri Tuntut Ilmu Agama

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, merupakan penyanyi rap yang semakin menempa populariti bersama kumpulan K-Clique. Biarpun sebelum ini dia sering dilanda kontroversi melalui gambar-gambarnya di Instagram yang dikatakan ‘mengundang’ kecaman, namun perkembangan terbaharu MK tentu mengundang seribu satu pujian. 

Guys MK pun keluar 3 hari guys … Masyallah , budak-budak muda Sabah ni kalau kena tasykil mudah insyallah ……

Posted by Farith Zul on Friday, March 5, 2021

Melalui perkongsian di Facebook milik Farith Zul, MK dimaklumkan keluar bersama dengan jemaah selama tiga hari. Foto yang dikongsikan itu turut memaparkan MK bersama dengan pendakwah, Maulana Helmi.

Pengalaman jemaah-jemaah yang keluar dakwah di Sabah memang selalu beri laporan ramai pemuda walaupun zahirnya nampak “rock&blues” namun hati mereka lembut dan mudah tersentuh dengan dakwah,” tulis Farith dalam perkongsian tersebut. 

Kalau sebelum ini MK sering dilihat memakai rantai emas sebagai perhiasannya, sepanjang mengikuti kelas agama bersama kumpulan jemaah tabligh di Jerantut Pahang, dia membawa imej bersih. Tular gambar MK tanpa rantai emas dalam kalangan peminat dan rata-rata memuji perubahannya ke arah kebaikan.

Sementara itu, MK turut dilihat bersama dengan rakan lain antaranya bekas pelakon, Mas Khan. Difahamkan MK menyatakan hasrat mengikuti kelas terbabit sejak tiga minggu lalu dan akhirnya berpeluang menyertai kelas yang berlangsung selama tiga hari. 

Melakukan Aktiviti Sunnah

Menerusi perkongsian foto, MK dilihat melakukan pelbagai pengajian asas agama termasuklah aktiviti sunnah seperti menunggang kuda dan makan dalam dulang beramai-ramai. 

Terdahulu, industri hiburan menyaksikan beberapa penghijrahan selebliri antaranya Zul Yahya, Amar Asyraf, Nabil Ahmad dan ramai lagi. Semoga mereka terus istiqomah dalam penghijrahan dan dapat menarik 

Baca juga artikel menarik lain:

Asal Usul Kereta Pertama Malaysia Dan Dari Mana Datangnya Nama Proton Saga

Suka Tengok Wayang? – Ini Asal Usul Panggung Wayang

Exit mobile version