Di media sosial sebenarnya kita masih perlu menjaga percakapan kita dan tingkah laku kita. Tersilap cakap, walaupun ianya atas dasar gurauan, buruk padahnya kerana kita akan dilihat seperti orang yang tidak beradab. Kesannya mungkin lebih teruk sebab video kita itu lebih mudah tersebar luas dan tingkah laku kita itu akan dilihat oleh lebih ramai orang.
Memang topik minggu ini adalah berkenaan adab. Baru-baru ini tersebar satu video memaparkan seorang gadis menunjukkan dirinya bersiar-siar di sebuah taman dipercayai terletak di negeri Johor. Dalam video yang dimuatnaik ke Instastory gadis itu, dia sempat menuturkan kata-kata yang kurang enak terhadap orang Johor. Video tersebut turut dikongsi oleh Caprice yang juga menegur kelakuan gadis tersebut.
View this post on Instagram
“Oh ada donut tepi jalan seronoknya! Kalau lapar boleh makan. Mesti orang Johor tak puasakan? Macam b*b* je Johor ni, Johor s***!”, katanya melalui video yang tular di media sosial.
Sejurus tular, gadis yang dikenali sebagai @wanikokrosh itu tampil membuat permohonan maaf kepada orang Johor atas tingkah lakunya itu. Menurutnya, dia hanya bergurau sahaja dan terdapat bahagian yang menyebut dia bergurau dalam video asal di Instastory itu, namun ianya telah disunting.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, video permohonan maaf gadis yang bernama Wani itu telah dibanjiri lebih 40 ribu komen! Satu angka yang sangat banyak di ruangan komen. Namun hampir kesemua komen yang dilemparkan kepada Wani adalah berbentuk kecaman. Wargamaya seolah-olah tidak boleh terima lagi dengan trend Instafamous ataupun influencer yang mudah membuat permohonan maaf selepas melakukan kesalahan.
“Dah memang jadi trend sekarang ni buat salah je minta maaf. Ada nilai ke maaf kau tu?,” ujar salah seorang wargamaya di ruangan komen.

Sepertinya tidak ada yang menerima permohonan maaf daripada Wani. Sementara itu pelakon Aeril Zafrel juga turut hadir di ruangan komen, tapi bukan untuk tambah kecaman. Aeril hanya menasihati kepada yang lain untuk tidak mengutuk mana-mana negeri selepas ini. Apa-apa pun, semoga isu ini menjadi pengajaran buat semua untuk sentiasa menjaga percakap di media sosial.
Baca juga: “Jangan Melawak Pasal Rakyat Yang Dah Pergi” – Altimet Tegur Doktor Bergurau Tidak Kena Masa