Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Muda-Muda Dah Ada 2 Rumah..” – Wargamaya Kagum Masya Masyitah Bijak Kumpul Aset Dan Kumpul Saham

today18 May 2021

Background

Siti Nurmasyitah Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Masya Masyitah memulakan kerjayanya dalam bidang muzik sejak dia dinobatkan sebagai juara pertandingan nyanyian kanak-kanak di sebuah rancangan televisyen pada tahun 2014. Pada 2016, Masya berjaya melebarkan sayapnya ke Tanah Besar China. Banyak pencapaian yang telah digarap dalam usia setahun jagung.

Baca juga: Shahrulezad Tampil Pertahankan Sharifah Rose, Imbau Kembali Pengalaman Perjalanan Artis-Artis Hebat

Ketika dia berusia 19 tahun, Masya berjaya membeli sebuah rumah kondominium yang berjumlah RM300,000 secara tunai. Rumah itu dibeli hasil daripada titik peluhnya sendiri setelah berkerja keras dalam industri musik.

Terbaru, Masya berkongsikan beberapa keping gambar di laman Instagramnya yang menunjukkan dia bergambar di sebuah rumah teres dua tingkat. Menerusi kapsyennya, Masya meluahkan rasa syukur kerana dapat membeli sebuah lagi rumah juga hasil titik peluhnya. Memiliki dua buah rumah yang dibeli sendiri adalah pencapaian yang cukup membanggakan buat seorang gadis yang berusia 21 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya)

Menerusi ruangan komen di posting tersebut, rata-rata wargamaya memuji dan kagum dengan Masya. Ramai yang berkata bahawa walaupun Masha masih muda tetapi dia bijak melaburkan duit dalam saham dan aset. Tak ramai anak muda memilih untuk melabur membeli rumah.

Ada juga yang berkata bahawa Masya adalah sumber inspirasi kepada anak muda. Ramai yang berharap agar anak muda yang lain menjadikan Masya sebagai contoh dan motivasi bagi mereka yang sedang berusaha untuk menyimpan duit.

Kita doakan agar Masya terus berjaya dan dapat merangkul macam-macam lagi pencapaian hebat di masa hadapan. Teruskan memberi inspirasi buat anak muda untuk terus berusaha menggapai impian.

 

Baca juga:   Teme Abdullah Inspirasi Anak Muda, Trending Di Twitter Sempena Ulang Tahun Kelahirannya

Sumber: Masya Masyitah

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

Terkini

Sam sedia pikat Cheng Hoe

KUALA LUMPUR: Bergelar penjaga gol nombor satu skuad negara menjadi impian Samuel Somerville yang kali pertama dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, bulan depan.

today18 May 2021