Kool FM

“Mudahnya Bagi Alasan Terlupa Scan..” – Aisar Khaled Di Saman RM1500 Kerana Tidak Scan My Sejahtera

Di saat dunia kini sedang melanda pandemik Covid-19, sudah menjadi perkara asas bagi rakyat Malaysia untuk sentiasa scan aplikasi My Sejahtera dan memeriksa suhu sebelum memasuki mana-mana premis makanan ataupun pusat membeli belah. Baru-baru ini, instafamous yang dikenali sebagai Aisar Khaled telah meraih perhatian wargamaya apabila dia di saman sebanyak RM1500 oleh pihak berkuasa dek kerana ‘terlupa’ untuk scan My Sejahtera apabila memasuki kedai makan.

@aisarkhaleddKena Saman Tak Scan MySejahtera ? dah ingat tadi buat buat lambat haa kena Rush ?‍♀️ ##mysejahtera ##fyp ##sahur♬ original sound – aisar_khaledd

Video Tiktok yang telah dimuat naik di akaun Tiktok miliknya itu, telah meraih sebanyak 1 juta tontontan dan 966 komen warganet. Difahamkan, Aisar dan rakan-rakannya telah di datangi pihak berkuasa ketika mereka sedang bersahur. “Terlupa nak scan sebab dalam dia punya meja” ujar Aisar dalam video tersebut. Lebih mengejutkan lagi, Aisar yang terdahulu dikenali kerana aksi ‘babi air’ itu, seperti tidak ‘terkesan’ dengan nasib dirinya itu malah mereka tampak ‘bahagia’ apabila di saman.

Baca juga: Netizen Luah Rasa Kecewa Video Khidmat Pesanan Masyarakat KPDNHEP Tidak Menggambarkan Situasi Semasa

Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada kalangan warganet berpendapat bahawa gelagat Aisar dan rakannya yang tergelak-gelak meskipun di saman itu menunjukkan perbezaan antara mereka yang mampu dan yang tidak mampu untuk membayar jumlah yang besar itu. Yelah, mungkin pada Aisar wang RM1500 itu tidak lah setimpal seperti RM10 ribu. Namun, tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia haruslah menjadi keutamaan dan bukannya memandang remeh mengenai perkara itu.

Kita semua tahu bahawa kita saling bergantungan antara satu sama lain untuk memerangi wabak Covid-19 yang mampu untuk meragut nyawa ini seperti mana persis perumpaan ‘bersatu teguh, bercerai roboh’. Ingat ya, kemana saja kita pergi tolong jangan lupa untuk sentiasa scan My Sejahtera, memeriksa suhu badan dan yang paling utama, wajib memakai pelitup muka sebelum keluar kereta.

Baca juga: “Apa Kes Sampai Pecahkan Cermin Kereta Orang?” – Dek Kerana Satu Video Tular, Joe Flizzow Terkena ‘Tempias’

Penulis: Aqilah Paharuzi 

Sumber: TikTok Aisar Khaled 

Exit mobile version