Kool FM

“Muka Ketat Pun Comel” – Kongsi Gambar Di Instagram, Ramai Terpegun Kecomelan Anak Fasha Sandha

Rasanya tahun 2020 hingga ke tahun ini, memang tahun untuk artis-artis menyambut kelahiran bayi mereka yang pertama mahupun yang baharu. Bila artis kesayangan kita dapat baby baru, kita sebagai peminat pun turut tumpang gembira. Paling best bila mereka pula mula berkongsikan gambar baby mereka yang comel itu. Kita ni jadi geram pula melihat kecomelan anak-anak artis ini. 

Terbaharu, perkongsian gambar anak Fasha Sandha pula buat para peminat tidak keruan melihat. Gambar dikongsikan di Instagram miliknya itu menerima lebih seribu komen yang rata-ratanya geram dengan kecomelan anak perempuan Fasha Sandha yang baru menginjak ke usia 8 bulan. 

Baca juga: “Pakai Baju Santa Claus Pun Salah? Jangan Buat Islam Complicated..”- Fasha Sandha

“Susah nak minta posing sekarang. Dia buat muka ketat. Anak ibu sudah 8 bulan, Syukur Alhamdulillah,” tulis Fasha di ruangan kapsyen. 

Dengan menggayakan telekung pada anaknya itu, rata-rata wargamaya termasuk rakan-rakan artis memuji kecantikan dan kecomelan Aisha Aimara. Min tengok pun memang comel sungguh! Tidak kurang juga ada yang bergurau dengan meminta Fasha untuk beranak sekali lagi. Amboi senang ye minta, tapi mungkin kena tunggu tahun yang lain pulalah.

Melalui hasil perkahwinan Fasha dan juga Aidil Aziz yang berkahwin pada bulan Ogos 2019, mereka dikurniakan Aisha. Apa-apa pun, kita doakan agar Aisha dapat membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik untuk ibu dan ayahnya.

Baca juga: [VIDEO] “Jam Bagaikan 5 Hari” – Gelagat Anak Shuib Tunggu Waktu Berbuka Buat Netizen Terhibur

Sumber daripada: Instagram

Exit mobile version