Siapa yang tak kenal dengan pelakon jelita tanah air bernama Hannah Delisha yang sentiasa mencuri perhatian wargamaya lebih-lebih lagi apabila dia menjadi milik orang. Umum mengetahui Hannah mempunyai perwatakan yang lembut, sopan dan manis apabila dipandang. Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan Hannah belanja ‘rap’ ketika sedang menunggu scene untuk berlakon bersama suaminya, Imam Shah dalam drama bersiri. Amboi, sudah la pandai berlakon, pandai menyanyi, sekarang pandai rap pula? Luar biasa Hannah!
While waiting for my scene with Fatin? @HANNAHDELISHA_ #rindusalahalamat pic.twitter.com/rhPU9TUI9p
— imam shah (@imamemy) April 28, 2021
Video yang direkodkan oleh Imam secara senyap dimuat naik dalam akaun Twitter miliknya. Menerusi video itu, Hannah telah membuktikan yang dia sangat berkebolehan. Iya lah, bukan sahaja dari segi bidang lakonan, malah juga dalam bidang nyanyian. Mungkin ada di segelintir wargamaya yang telah mengetahui Hannah mempunyai bakat nyanyian di mana Hannah sering memuat naik lagu-lagu artis lain yang dinyanyikan olehnya di akaun YouTube. Kini, ramai yang amat terpegun melihat Hannah menyumbangkan suaranya dalam bentuk rap pula.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada wargamaya teruja apabila melihat gelagat Hannah yang sedang rap itu dengan penuh gaya. Yelah, apabila rap ni bukan saja mulut yang bergerak, secara automatik badan dan tangan kita pun akan ikut bergerak juga. Pelakon dan pengacara terkenal Mira Filzah pun kagum dan terpesona tau tengok Hannah rap. Cayalah Hannah!

Comel je melihat dua pasangan sejoli ini. Suka betul Imam merekod gelagat isterinya yang tercinta dalam senyap-senyap. Agak-agak, apa lagi bakat ‘terpendam’ Hannah yang belum di tunjuk olehnya? Mungkin Hannah ada bakat dalam menari? Jeng..jeng..jeng..Hiks!
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Twitter