Sebelum ini video prank Yusuf Iskandar mendapat perhatian ramai kerana reaksi yang ditunjukkan Yusuf sangat berharga. 3 Jun merupakan tarikh hari ulangtahun buat Yusuf Iskandar. Menurut Hanis Zalikha, Yusuf sebelum ini membuat ‘countdown‘ hari jadi bersama bapanya Hairul Azreen dan ini membuatkannya sangat teruja apabila hari yang ditunggu-tunggu tersebut tiba.
Baca juga: Hairul Azreen Bangga Karya Arahan Pertamanya Diangkat Sebaris Di Atas Satu Pelantar Dengan Disney
Oleh itu, apabila Hairul memberikannya hadiah yang berupa lilin dan pemetik api, Yusuf nampak sedikit sedih tetapi sedaya upaya tidak menunjukkan kesedihan dan hanya tersenyum sahaja menerima hadiah lilin tersebut. Yusuf nampak sangat matang walaupun baru berusia 5 tahun. Dia tidak langsung mempersoalkan hadiah yang diberi dan tetap menghargai pemberian tersebut.
Walaupun pada mulanya Hairul hanya ingin menjadikan itu sebagai gurauan namun reaksi Yusuf itu benar-benar menyentuh hatinya. Bukan hati Hairul sahaja yang tersentuh, semua yang melihat video tersebut turut sama tersentuh melihat akhlak baik Yusuf Iskandar.
Terbaru, sebuah video yang dikongsikan melalui akaun Instagram Yusuf Iskandar menunjukkan kejutan hari jadi sebenar buat Yusuf. Ha, ini baru betul “surprise”! Menerusi video tersebut, dilihat ada kek hari jadi yang bertemakan nombor dan blocks serta kolam renang yang kelihatan seperti istana, menarik sangat buat kanak-kanak seusia Yusuf.
View this post on Instagram
“This is my best birthday ever… and I like the pool”, itulah yang dikatakan Yusuf. Seronok betul Yusuf, iya lah sebelum ni ingatkan dapat lilin je sebagai hadiah rupanya Mommy dan Daddy ada surprise lain buat Yusuf. Melihat kepada ruangan komen, rata-rata turut meluahkan rasa gembira buat Yusuf.
Kedua-dua pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha menyifatkan Yusuf sebagai anak yang soleh. Sentiasa menyejukkan hati ibu bapa serta tahu menghargai sesuatu tidak kira ianya besar atau kecil. Anak baik Yusuf ni. Apa pun kita doakan semoga Yusuf membesar menjadi seorang yang hebat suatu hari nanti.
Baca juga: Dapat Lilin Sebagai “Hadiah” Yusuf Iskandar Dipuji “Matang” & Pandai “Sorok” Kesedihan
Sumber: Yusuf Iskandar