Apabila bercakap mengenai ujian swab yang dilakukan dengan memasukkan putik kapas yang panjang ke dalam hidung, bermacam-macam reaksi akan didapati. Ada yang berkata ianya adalah pengalaman yang begitu menyakitkan. Ada juga yang tenang dan langsung tidak rasa sakit apabila mengambil ujian berkenaan. Apapun, ianya dipersetujui ramai bahawa ujian swab tersebut menyebabkan seseorang berasa tidak selesa.
Terbaru, Nabila Huda ada berkongsikan video anaknya Keisha sedang melakukan ujian berkenaan susulan Nabila disahkan positif Covid-19. Keisha dilihat nampak dalam kesakitan dan sangat tidak selesa. Dia kerap bergerak dan menggenggam tangannya dengan erat. Malah dari reaksi muka Keisha juga dapat dilihat dia sedang kesakitan.
Nabila melalui postingnya itu meminta maaf kepada anaknya kerana terpaksa melalui semua ini. Nabila turut menambah bahawa jantungya ibarat nak gugur apabila dia melihat video tersebut kerana nampak agak kasar jururawat di dalam video berkenaan membuat ujian swab terhadap Keisha.
Meninjau ke ruangan balas, rata-rata memberikan komen bahawa masa yang diambil untuk membuat ujian swab terhadap Keisha agak lama sedangkan selalunya tidak lama begitu. Malah, dapat dilihat jururawat tersebut memusing-musingkan putik kapas panjang tersebut dan membiarkannya di dalam hidung seketika sebelum ditarik keluar.
Ada yang seakan marah melihat video itu kerana kasihan melihat Keisha. Wargamaya mula membahaskan jika itu adalah cara yang betul. Ada juga yang mula membuka cerita masing-masing di mana mereka pernah melakukan ujian swab sehingga berdarah hidung mereka.

Namun, ramai yang memberikan sokongan buat Keisha. Rata-rata mengatakan bahawa Keisah adalah budak perempuan yang berani sama seperti ibunya.
Setiap orang mempunyai reaksi yang berbeza terhadap sesuatu dan keadaan hidung seseorang ketika dia mengambil ujian swab juga harus diambil kira. Ada orang mempunyai alahan yang teruk dan hidung mereka kering mungkin itu juga boleh menjadi punca mengapa kesakitan dan pendarahan berlaku.
Apa pun, kita doakan agar keputusan ujian swab Keisha kekal negatif dan semoga wabak ini segera berlalu agar kita tidak perlu melalui fasa ini lagi.
Baca juga: Lebuhraya KL-Karak Dilihat Sesak, Orang Ramai Semakin Berang Dengan Mereka Yang “Selfish”
Sumber: Nabila Huda