Baru sahaja beberapa hari yang lepas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa PKP akan dilaksanakan di beberapa negeri dan tiada rentasan negeri dan daerah dibenarkan tanpa surat dan cop daripada pihak polis. Ini bermakna kita masih tidak boleh pulang ke kampung halaman sempena hari raya Aidilfitri.
Keputusan ini dihormati rakyat ikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat dan kekurangan katil di hospital yang menempatkan pesakit positif Covid-19 yang memerlukan rawatan rapi di ICU. Hal ini sangat membimbangkan malah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri berkata jumlah bilangan kes selepas raya mungkin boleh mencecah sehingga 10,000 jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dilaksanakan dengan segera.
Semalam, tular sebuah video di Twitter apabila ada seorang pengguna berkongsikan saat-saat yang perlu dihadapi oleh anggota frontliners ketika ribut. Melalui video berkenaan, dapat dilihat hujan turun dengan lebat sehingga ‘barricade’ atau sekatan yang diletak di atas jalan raya bagi tujuan ‘roadblock’ terbang ditiup angin. Malah khemah yang digunakan sebagai teduhan para frontliner juga dilihat bagai ‘nyawa-nyawa ikan’, jika tidak ditahan pasti turut melayang.
Jaga diri. Thanks for your service. ?? pic.twitter.com/NVhe70hL3v
— MAG • Faheem (@magmalaya) May 9, 2021
Video tersebut dikongsikan bagi memperingati dan menghargai jasa para frontliners terutama anggota polis yang menjaga sekatan jalan raya yang terpaksa berpanas dan berhujan demi menjaga negara. Namun, ada segelintir masyarakat yang berfikir ini adalah peluang untuk ‘mengelat’ dari ditahan di sekatan jalan raya. Kata mereka “Inilah peluang nak balik kampung. Kalau nak balik kampung beraya tunggulah hujan…”.
Bukan seorang dua tetapi ramai juga yang berfikir untuk menggunakan taktik ini. Lagi-lagi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca mendung di seluruh negara dengan kemungkinan hujan di beberapa negeri pada Hari Raya Aidilfitri.


Komen-komen tersebut mengundang kemarahan wargamaya yang lain. Tatkala, orang lain terpaksa menahan rindu untuk bertemu keluarga ada lagi yang mementingkan diri dan tidak berfikir tentang kesan tindakan mereka kepada orang lain.

Janganlah kita termasuk di dalam golongan yang mementingkan diri sendiri. Ingatlah bukan kita sahaja rindu nak jumpa keluarga, satu negara turut membawa rasa yang sama. Fikir dulu sebelum melakukan sesuatu dan banyakkanlah membaca supaya kita sentiasa prihatin terhadap apa yang berlaku. Sama-samalah kita berdoa agar kita semua bebas dari wabak ini.
Baca juga: “Jiran Yang Baik Itu Rezeki..” – Wargamaya Terharu Dengan Jiran Banyak Membantu Ketika Dikuarantin
Sumber: Twitter