Kool FM

“Nak Bawa Alisa Pergi Mana Tu?” – Gelagat Bujibu dan Alisa Aisyah Mencuit Hati Wargamaya

Pencinta kucing semestinya akan cair apabila melihat pelbagai ragam dan aksi kucing peliharaan mereka. Gelagat seekor kucing ni akan  sentiasa mencuit hati tuannya lebih-lebih lagi apabila ia bermanja-manja dengan kita. Kucing yang dikenali orang ramai, Bujibu Chempel telah menjadi perhatian wargamaya apabila gelagatnya yang lalu dihadapan imam diikuti oleh anak perempuan kesayangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Alisa Aisyah. Amboi Bujibu, nak ajar Alisa bukan-bukan ya? Comel sangat karenah Alisa yang merangkak ikut Bujibu. Geram tau!

Video itu direkodkan semasa mereka sekeluarga baru selesai menunaikan solat di kediaman rumah mereka. Selain abangnya yang bijak bestari, Yusuf Iskandar, si cilik Alisa ni juga sering menjadi tumpuan wargamaya dek kerana perwatakannya yang pandai dan mencuit hati.  Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada peminat Bujibu sangat terhibur melihat karenah Bujibu dan Alisa tu. “Nasib baik pak imam tak terkejut..” kata wargamaya yang bergurau.

Baca juga: “Tengah Malam Si Khinzir Ni Terbang” – Nak Tunjuk Hero Depan Anak, Akhirnya Shaheizy Sam Tewas

Bujibu merupakan haiwan peliharaan Hairul dan Hanis yang mempunyai akaun Instagram tersendiri yang mencecah 1.5 juta pengikut. Fuh, saing-saing selebriti tanah air ya, tak nak kalah! Seperti yang kita tahu, Bujibu merupakan kucing berbaka Golden British Short Hair yang di import dari Rusia ini sering menghiburkan wargamaya lebih-lebih lagi apabila melihat reaksi mukanya yang bersahaja dan seperti tak ada perasaan itu. Kalau tak terhibur tengok video dan gambar Bujibu yang dimuat naik oleh Hairul dan Hanis melalui akaun Instagramnnya itu, tidak sah la.

Ini bukan kali pertama karenah Bujibu dan Alisa mendapat perhatian orang ramai. Kalau kita meninjau di akaun Instagram Bujibu ini, ada pelbagai video yang menunjukkan gelagat Alisa bersama kucing kesayangan mereka, Bujibu yang sangat menghiburkan. Seronok apabila kita tengok bagaimana Hairul dan Hanis mengajar anak-anak mereka untuk menyayangi dan menghargai haiwan peliharaan.

Baca juga: “Hebatnya Semua Benda Dia Pandai Buat” – Siapkan Surau Secara DIY, Netizen Kagum Kegigihan Rita Rudaini

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram Bujibu Chempel 

Exit mobile version