Kisah mengenai pasangan selebriti yang dikatakan merentas negeri untuk pergi bercuti masih belum reda. Pelbagai andaian yang timbul walaupun sudah diperjelaskan tujuan merentas negeri adalah atas urusan kerja.

Namun di sebalik kontroversi tersebut, sebenarnya ramai rakyat Malaysia yang rindukan untuk pergi bercuti atau makan angin dengan keluarga tercinta. Yelah sudah setahun negara kita dilanda wabak COVID-19 dan sejak awal tahun ini sehingga sekarang kita masih dikenakan sekatan rentas negeri.
Bagaimanapun, hantaran terbaharu Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Instagram miliknya mencuri perhatian ramai. Hantaran yang dititip dengan ucapan ‘Cuti-cuti Malaysia’ itu dilihat seolah-olah Seri Paduka Baginda sedang dalam perjalanan untuk pergi bercuti.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya menyatakan hasrat untuk ikut sekali untuk pergi bercuti. Tapi tak bolehlah kalau ramai-ramai nak ikut.
Melihat paparan lokasi yang ditunjukkan pula, sepertinya Tunku Azizah sedang berada di Pulau Redang. Sementara itu, ramai yang mendoakan agar perjalanan Tunku Azizah bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat pergi dan pulang.
Baca juga artikel menarik lain:
Tak Dapat Buat Konsert, Coldplay Taja ‘Interceptor 005’ Untuk Bersihkan Sungai Di Malaysia