Kita merancang namun Allah SWT menentukan. Apa yang pasti ajal, rezeki dan jodoh adalah perkara yang menjadi rahsia Allah S.W.T. Antara yang sering menjadi tanda tanya kepada seseorang adalah siapakah dan bilakah akan menerima jodoh yang tepat dan baik untuk menjadi pelengkap hidup di dunia dan di akhirat kelak.
Satu perkongsian yang dilakukan oleh seorang pengguna TikTok telah mendapat perhatian orang ramai apabila dia ditemukan jodohnya dengan bekas anak muridnya sendiri pada tahun lalu. Wanita yang bernama Izza Erma merupakan seorang guru dan seorang model sambilan telah berkahwin dengan jejak yang berusia 10 tahun lebih muda daripadanya.
View this post on Instagram
Menerusi video TikTok perkongsian Izza, mereka berkenalan ketika suaminya di Tingkatan Tiga dan Izza merupakan salah seorang guru kepada suaminya yang bernama Ammar Izham. Bagaimanapun, ketika itu hubungan mereka hanyalah sekadar guru dan anak murid sahaja.
Izza yang berusia 36 tahun itu telah memuat naik video bersama suaminya yang berusia 25 tahun telah menerima pelbagai komen dan pujian dan rata-ratanya menyatakan mereka berdua kelihatan sebaya serta masing-masing dilihat sangat bahagia dengan perkahwinan tersebut.

Difahamkan pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 20 Disember 2020 selepas satu tahun berkenalan dengan lebih rapat. Perbezaan usia 10 tahun mereka dilihat satu kelebihan kerana Ammar bertuah menerima pasangan yang matang dan membuatkan perkahwinan suami isteri usia yang berbeza adalah perkara yang positif.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet telah menitipkan ucapan tahniah ke atas perkahwinan mereka yang memasuki usia 3 bulan. Warganet kemudiannya juga sempat meninggalkan komen berbaur gurauan dengan mengatakan jodoh mereka berkemungkinan juga masih bersekolah melihat daripada jarak usia seperti pasangan romantik itu.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Ceraikan Daripada Berkongsi ‘Bebola’..” Dr Say Sarankan Suami Isteri Lebihkan Sesi Luahan Hati
Telefon Bimbit Salah Satu Alat Utama Punca Curang Suami Isteri – Pakar Tingkah Laku Sosial
Sumber: Instagram @izzaerma