Setiap tahun pada 8 Mac, seluruh dunia akan menyambut Hari Wanita bagi memperkasakan wanita dan bukan untuk menyaingi lelaki tetapi untuk turut sama membangunkan generasi.
Pada tahun 2021, bertemakan ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’, sekaligus menjulang sumbangan berterusan wanita dalam pelbagai bidang, meski dibelenggu pandemik COVID-19.
Dalam pada itu, pelakon jelita Nora Danish mengambil kesempatan memberi ucapan ringkas pada wanita di luar sana menerusi laman akaun Instagram miliknya.
“Nasihat saya pada wanita adalah, ambil masa untuk kelihatan hebat kerana penampilan anda sangat penting, bukan sebab kita kisahkan apa orang lihat tapi kita berikan terbaik untuk diri kita. Selamat hari wanita sedunia!”
View this post on Instagram
Tidak ketinggalan, pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa turut memberi penghargaan kepada wanita sekelilingnya di atas kerja keras mereka menerusi ciapan twitter akaun miliknya.

Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita di Malaysia!
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Nora Danish Muat Naik Foto Lepas Bersenam, Tapi Mata Netizen Tajam Pula Tengok Benda Lain
“Zaman Kita Dulu Tak Sama..” Nora Ariffin Suka Dan Sokong Online Class
Sumber: instagram