Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Netizen Teka Dah Mengandung Selepas Nampak ‘Baby Bump’, Ini Jawapan Elizabeth Tan…

today2 April 2021

Background

Antara selebriti yang sering menjadi perhatian di media sosial, Elizabeth Tan atau mesra dipanggil Lizzy, baru-baru ini menerima ‘ugutan’ daripada warganet. Bukannya ugutan apa, tapi sekadar gurauan daripada peminatnya untuk unfollow akaun Instagram miliknya. Semua ini gara-gara selepas Lizzy mengumumkan dirinya sudah berkahwin dengan jejaka pilihan hati. Memang luluh hati para peminat Lizzy.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Bagaimanapun, sepadan dengan berita perkahwinannya, tentu ramai yang menanti berita kehamilan anak sulung daripada Lizzy. Fuh, tak sabar betul peminat kan! Menerusi gambar terbaharu yang dimuatnaik semalam, teka-teki kehamilannya pun bermula. Hantaran gambar di Instagram miliknya memaparkan Lizzy bergambar dengan pelakon legenda tanah air, iaitu Angeline Tan yang pernah popular menerusi sitkom ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’. 

Mata tajam dari wargamaya pantas meneka bahawa Lizzy sedang hamil disebabkan penampakan seperti baby bump

Bagaimanapun, semua sangkaan itu meleset apabila Lizzy tampil menjawab dia tidak hamil. Mungkin baju yang dikenakannya itu seperti menampakkan dirinya sedang hamil. Jadi, kita nantikan sajalah khabar rasmi dari pihak Lizzy nanti kalau betul-betul dah ada isi. 

Sementara itu, ramai juga yang memuji kecantikan Angeline Tan yang seperti tidak dimamah usia. Ada juga yang mengatakan sebelum Lizzy, Angeline Tan lah yang menjadi buah hati. Memang kuat aura mereka berdua ini, dan Angeline Tan memang boleh digelar sebagai pelakon legenda tanah air kita. 

Baca juga artikel menarik lain:

Tengku Permaisuri Selangor Cemar Duli Baca Berita Perdana Khas, Ramai Kagum Dan Merasakan Masih Ada Aura

Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun, Ini Kisah Sebenar Amukan Berdarah Prebet Adam

Written by: Hamka Rosli


Previous post