Kool FM

“Ngilu Dan Pedih Setiap Kali Duduk” – Pengorbanan Ibu Muda Ini Siapkan Thesis Dalam Pantang

Bukan mudah bergelar ibu muda sebenarnya, lagi-lagi kalau masih bergelar pelajar di menara gading. Namun itulah pengorbanan Aisyah Hijanah, personaliti media sosial, yang berkongsi pengalamannya bergelar ibu muda di kala masih sibuk dengan urusan belajar dan perniagaannya. Dia yang baru berusia 23 tahun selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 13 januari lalu. 

Image via: Instagram

“Kenangan ni tak akan mati sampai bila-bila. Sayang datang pada waktu Mummy sibuk dgn thesis, assignment, quiz, business.

Memang besar tanggungjawab yang dipikul Aisyah bersama suaminya, Alif Teega. Menurut Aisyah, suaminya pada waktu itu juga sedang sibuk dengan urusan kerja. Namun, dia tetap yakin rezeki yang diberikan kepadanya serta suaminya itu ada hikmahnya. 

Image via:Instagram

Mummy kena berdiri utk makan. Setiap kali duduk, mesti akan rasa ngilu & pedih dekat tempat jahit.”

Dia turut berkongsi pengalaman semasa ditahan selama 10 jam di bilik bersalin sehingga saat peritnya dia melahirkan bayi perempuannya itu. Semasa berpantang pula, Aisyah menyatakan dia berasa ngilu setiap kali duduk dan terpaksa berdiri untuk makan. Walaupun dalam keadaan yang masih belum sembuh daripada luka bersalin, Aisyah tetap membahagikan masanya untuk ulangkaji bagi menghadapi kuiz dan menyiapkan thesis. 

Menurutnya lagi, tidak ada alasan untuk dia tidak belajar. Dalam masa sama, Aisyah berkata dia tidak mahu menyusahkan pensyarah dan tidak mahu menjadikan bayinya itu sebagai alasan. Semoga usaha dan pengorbanannya ini dipermudahkan dan membuahkan hasil. 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Ramai Guru Tak Setuju Pendapat Pensyarah Ini Tentang Cara Pembelajaran Online Yang Berkesan

Tajuk Dijadikan Gurauan Penonton, Drama ‘Rahimah Tanpa Rahim’ Dedah Sindrom MRKH

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Instagram

Exit mobile version