Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Nia Ramadhani, ‘Bawang Merah’ Yang Ditangkap Kerana Penyalahgunaan Dadah

today9 July 2021

Background

Pelakon, Nia Ramadhani atau Ramadhania Ardiansyah Bakrie ditangkap kerana disyaki penyalahgunaan dan pemilikan dadah semalam. Selain dia, pihak polis juga menangkap suami Nia, Ardi Bakrie dan pemandu peribadi mereka, ZN.

Dalam laporan berita tempatan, semasa kejadian penangkapan ketiga-tiga tertuduh tersebut, polis telah merampas bukti berupa methamphetamine seberat 0.78 gram, bong dan alat penyedut dadah. Polis juga telah merekodkan akuan bahawa barang-barang tersebut diakui milik Nia Ramadhani.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by kumparan (@kumparancom)

Polis telah menahan Nia Ramadhani di kediamannya di daerah Pondok Pinang, Jakarta Selatan. “Kami telah berjaya menahan tiga suspek, yang pertama di ZN (43), dia adalah pemandu. Juga membantu di kediaman dua lagi suspek. suspek kedua adalah RA, yang ketiga adalah AAB. RA dan AAB adalah suami isteri. RA adalah tokoh masyarakat,” kata polis.

Untuk bacaan selanjutnya, klik saja disini.

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Lifestyle

Ini Sebab Tangan Anda Berpeluh Secara Luar Biasa, Rimas!

“Kenapa tangan aku ni senang sangat berpeluh? Rimas!” Pasti ada dalam kalangan anda yang mengalami masalah tangan cepat berpeluh kan? Tidak kira waktu, selalunya berpeluh tangan ini hanya terjadi ketika kita berasa bimbang atau ‘nervous’. Namun, anda perlu beri perhatian jika masalah berpeluh tangan ini seringkali terjadi tidak kira waktu! APAKAH PUNCA MASALAH TANGAN SERING […] Masalah tangan berpeluh atau dikenali sebagai Hyperhidrosis adalah masalah dimana seseorang individu menghasilkan peluh […]

today9 July 2021