Site icon Kool FM

“Niqab Je Lah Sekali Social Media Tu!” – Pengarah Drama Nur ‘Sound’ Neelofa

Baru sahaja reda isu langgar SOP perkahwinan dan rentas negeri ke Langkawi bulan lepas, sekali lagi Noor Neelofa dan suami, Haris Ismail menjadi sebutan wargamaya dek kerana isu-isu mereka yang sentiasa mengundang amarah netizen. Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai dua pasangan ini ‘merentas’ negeri ke Nilai 3 semata-mata untuk membeli karpet. Wah, senangnya rentas negeri. Walhal ramai yang nak lawat ibu bapa pun tak dapat kebenaran merentas.

Isu yang semakin hangat menjadi perbualan ini turut mendapat perhatian pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohameddin, atau lebih mesra dengan panggilan Budak Ijat yang telah melepaskan perasaan geram di Facebook miliknya. Menurut Ijat, Neelofa seakan sengaja ‘mencipta’ kontroversi dek kerana ‘menagih’ perhatian orang ramai. “Sengaja mencari masalah. Sikit punya banyak kedai karpet kat KL tu yg kau gigih merentas sampai ke Nilai tu dah kenapa Lofa” ujar Ijat dalam nada geram.

Somehow abam rasa Lofa ni mmg sejenis craving dengan perhatian perhatian sebegini. Sengaja mencari masalah. Sikit punya…

Posted by Shahrulezad Mohameddin on Sunday, 2 May 2021

Baca juga: Terus Cetus Kontroversi, Neelofa Rentas Negeri Lagi Ke Kedai Karpet?

Ijat berpendapat bahawa tindakan Neelofa ini terlalu ‘keterlaluan’ dan boleh dikatakan dia dan suami seperti tidak mempunyai perasaan ‘belas kasihan’ kepada mereka yang ‘teraniaya’ dek kerana tidak berpeluang merentas negeri untuk menziarahi keluarga dan ibu bapa tercinta sehingga detik ‘akhir’. Menurut Ijat, luahan hatinya itu bukanlah niatnya untuk ‘membenci’ Neelofa, namun Ijat hanya sudah penat mendengar segala makian dan kecaman netizen kepada Neelofa yang mempunyai imej yang seperti tidak selaras dengan ‘pakaian’.

Dah alang alang nak berniqab satu badan tu awak ‘niqab’lah sekali media sosial awak tu. Back off a bit. Jangan meminta sangat caci maki orang Lofa sayang. Tak kesian dengan diri sendiri ker?“- luah Ijat dalam nada kecewa.

Ijat menyeru agar Neelofa dapat berfikir sejenak sebelum membuat tindakan yang tidak akan memakan diri sendiri seperti peribahasa, menyimbah air kepada api yang sedang marak. Sedarkah dia tidak dapat lari daripada kecaman netizen apabila dia seakan ‘sengaja’ memuat naik sebuah gambar yang berbaur ‘kontroversi’ kemudian memadam gambar tersebut setelah dikritik teruk oleh netizen. Agak-agak apalah tujuan sebenar Neelofa ya.. Mungkin teori abang Facebook mengenai Neelofa yang ada penyakit Narcisistic Personality Disorder (NPD) itu benar?

Bagaimanapun, isu Neelofa dan Haris ini masih dalam siasatan pihak polis Nilai. Sama-sama kita nantikan kenyataan isu ini daripada pihak berkuasa dan pihak Neelofa sendiri.

Baca juga:“Kantoi Bincang Nak Bantu Abang Burger Lepas Kena Kecam..” – Netizen Persoalkan ‘Niat’ Sebenar Neelofa Memuat Naik Gambar Burger

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Facebook 

Exit mobile version