Buaya merupakan antara haiwan reptilia yang paling ditakuti oleh manusia selain ular sawa. Hal ini adalah kerana mereka merupakan pemangsa besar yang makan daging. Manusia pun haiwan ini boleh telan. Jadi memang salute lah kepada sesiapa yang berkerja dengan haiwan-haiwan pemangsa ini.
Baca juga: Kapsyen Seakan Berbaur “Sindiran” Netizen Persoalkan Maksud Disebalik Ayat “Padu” Zizan Razak
Seorang lelaki yang merupakan pekerja di Taman Buaya, Melaka dikenali sebagai Rizal tular baru-baru ini di media sosial gara-gara “perbualannya” dengan buaya di tempat dia bekerja. Melalui sedutan klip video yang dikongsikan Rizal sendiri, dia ketika itu dilihat sedang membersihkan kandang buaya.
Ada seekor buaya di kandang itu yang diberi nama Aris. Aris ketika itu sedang “lepak” dan memerhati Rizal yang sedang menyapu. Dia kemudian datang dekat kepada Rizal secara perlahan-lahan sambil membuka mulutnya dengan besar. Eh kita yang melihat pun seram sejuk! Kalau terjadi pada diri sendiri ni pasti dah lari dulu.
Berbeza pula dengan Rizal. Dia bukannya lari tapi dia boleh pula bebelkan Aris. Pada klip video yang pertama, Rizal marah apabila Aris nampak macam nak “membaham” penyapu yang dia sedang pegang. “Jangan nak menyibuk, orang nak menyapu. Tak ada masa nak bergurau”, marah Rizal kepada Aris.
@bedamausama sebok aris ni?♬ bunyi asal – rizal@atan besi
Manakala, di video yang kedua kelihatan Rizal berada lebih dekat dengan buaya itu untuk membersihkan kawasan tersebut. Aris sekali lagi berpusing ke arah Rizal dan membuka mulutnya dengan luas. Namun, Rizal selamba je marah dan bebelkan haiwan buas itu. “Diam. Orang banyak kerja menyibuk je nak bergurau”.
@bedamaumarah2 syg ARIS2??TAMAN BUAYA&REKREASI MELAKA♬ bunyi asal – rizal@atan besi
Ini sekali lagi mengundang tawa wargamaya yang melihat. Aduh, abang Rizal memang hebat betul ni boleh pula dia bebelkan buaya tu. Si Aris ni pun macam faham je bila orang marah kan dia, terus mengeras, tapi kemudian ajak “bergurau” lagi.

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata terhibur dengan aksi Rizal memarahi Aris. Ada yang kata suara Rizal persis suara pelawak, Shuib. Di samping ramai yang memuji keberanian Rizal, ada juga yang berkata sebenarnya Rizal takut namun dia gagahkan juga demi pekerjaan. Apa pun kita doakan agar Rizal dikurniakan kesabaran yang tinggi dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Baca juga: Sekian Lama Tanpa Berita, Akhirnya Ustaz Ebit Lew Kongsi Sudah Selamat Tiba Di Gaza
Sumber: Rizal