Kool FM

Padah Ibu Saudara Menziarahi Di Hari Raya, Bayi 11 Bulan Terpaksa Mengalami Ujian Swab

Umum mengetahui seorang bayi mempunyai sistem imunisasi  yang amat lemah berbanding dengan golongan kanak-kanak dan dewasa. Mereka lebih mudah terdedah kepada penyakit seperti Difteria, Polio, Measles dan sebagainya. Wabak yang paling bahaya buat bayi pada masa kini ialah virus COVID-19 kerana boleh membawa maut. Baru-baru ini, sebuah ciapan tular di media sosial Twitter mengenai seorang bayi berumur 11 bulan terpaksa melakukan ujian swab dek kerana ibu saudaranya positif COVID-19.

Difahamkan, ibu saudara kepada bayi tersebut telah menziarahi rumahnya bagi menyambut bulan Syawal tanpa sedari telah membawa gejala wabak bahaya ini. Setelah itu, dia bertindak untuk ‘mencium’ bayi tersebut tanpa memikirkan tentang ‘risiko’ yang akan berlaku. Kasihan anak kecil itu baru berusia 11 bulan dah kena melalui ujian swab, sedangkan kita yang dewasa pun merasa ‘perit’ menghadapi ujian tersebut.

Baca juga: “Sangat Membuka Mata Dan Menginsafkan” – Liputan Khas Covid-19 Majalah 3 Membuat Orang Ramai Menangis

Meninjau di ruangan komen ciapan tersebut, ternyata ramai dalam kalangan ibu-ibu yang mengalami nasib ‘malang’ yang sama. Tiada ibu yang sanggup melihat anak kecil yang terpaksa menjalani ujian swab dek kerana menjadi kontak rapat salah seorang daripada ahli keluarga mereka. Perkara ini sudah semestinya amat meluluhkan serta menguriskan hati seorang insan yang bergelar ibu.

Malah, ada juga dalam kalangan mereka yang meluahkan anak kecil mereka seawal usia 5 hari telah melakukan ujian swab dan mendapat keputusan positif COVID-19. Difahamkan gejala yang merebak dalam kalangan keluarga bayi ini berpunca daripada babysitter anak pertamanya yang berusia 2 tahun. Virus yang dibawa itu telah menjangkiti seluruh keluarga anak kecil ini.

Menerjah di ruangan komen ciapan ini, netizen berang apabila masih ada lagi segelintir pihak yang tidak mengelak daripada mencium bayi dengan sewenang-wenangnya. Sesungguhnya kulit bayi adalah kulit yang paling sensitif terutamanya pada mereka yang mempunyai penyakit kulit eczema. Oleh itu, didiklah diri bersama supaya tidak menyentuh dan mencium anak orang lain demi menjaga kesihatan anak kecil ini.

Baca juga: “Apa Yang Dengki Sangat Tu?” – Seluruh Ahli Keluarga Norman Hakim Dipanggil Polis

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Twitter

Exit mobile version