Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Patutlah Cepat Sangat Tukarnya!” Shiha Zikir Pecah Rahsia Salin Baju 5 Saat Di Pentas AJL35

today17 March 2021

Background

Demam Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 35 masih belum berakhir nampaknya sebab kita boleh lihat masih banyak perkongsian dan berita tentang persembahan artis pada malam itu masih dikongsikan di media sosial. Ada kisah tentang kasut Zizi Kirana, persembahan rehearsal Nabila Razali sangat sempurna dan macam-macam lagi. Semalam satu lagi perkongsian tentang disebalik tabir AJL35 mendapat perhatian warganet.

Menerusi perkongsian Shiha Zikir di Instagram miliknya, dia telah bongkarkan rahsia bagaimana dia menyalin pakaiannya pada malam itu di atas pentas dengan sekelip mata. Rupanya sangat mudah tetapi sangat cantik cara persalinan Shiha pada ketika itu. Untuk anda yang mungkin terlepas atau terlupa akan persembahan Shiha, dia pada mulanya menggayakan baju seakan baju kurung pendek dan dipertengahan lagu tersebut bajunya bertukar menjadi pakaian ala sari berwarna merah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir)

Shiha yang pada malam tersebut membawa lagu penyanyi nombor satu Malaysia, Dato Sri Siti Nurhaliza, 7 Nasihat bukan sahaja mendapat perhatian warganet dengan persembahannya yang memukau tetapi juga dengan penggayaannya pada malam itu. Shiha kelihatan sangat cantik menggayakan baju berwarna biru dan sari merah boleh dikatakan berjaya membawa lagu 7 Nasihat dengan nafasnya sendiri serta TokTi sendiri memuji persembahannya itu.

Video perkongsian Shiha cara dia menukar bajunya semasa persembahan itu telah mendapat pelbagai komen dan reaksi daripada pengikutnya di Instagram dan tidak lupa juga pujian daripada rakan artis sendiri. Ada yang menyatakan ia merupakan satu cara yang sangat kreatif dan baju yang digayakan bukan biasa-biasa. Kebanyakan juga memberi komen cara Shiha menyalin baju tersebut seakan magik dan mereka berulang kali melihat video yang dikongsi Shiha itu kerana rasakan ia sangat menakjubkan.

Seronok juga kalau kita boleh salin baju dengan begitu mudah ketika keluar. Bila rasa baju tidak sesuai dengan tempat yang kita pergi, kita buka satu pin dan siap! Terus bertukar pakai baju lain.. mudah sungguh! Bagaimanapun, sudah pasti usaha Shiha dan penata gayanya lakukan untuk menjayakan misi salin baju 5 saat ini semasa persembahan adalah sesuatu yang harus kita berikan tepukan kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Stop Cyber Bully…”-Haqiem Rusli Minta Warganet Hentikan Buli Siber Untuk Nabila Razali?

Nabila Razali Mohon Maaf ‘Terkucil’ Semasa Persembahan AJL35, Rakan Artis Dan Netizen Tetap Beri Kata Semangat

 

 

Sumber: Instagram Shiha Zikir

 

Written by: Adinna


Previous post

Sukan

Pemain Liverpool benci Kirkby, rindu Melwood

London: Jurgen Klopp dan pemain Liverpool sudah mula menggunakan dan membiasakan diri mereka dengan pusat latihan baharu bernilai £50 juta (RM286 juta) di Kirkby. Ia mengandungi tiga padang bola, dua gimnasium, satu dewan sukan, kolam renang, hidroterafi dan suit pakar rehabilitasi. Dewan makan mempunyai balkoni berdepan padang bola. Malah mempunyai gelanggang bola tampar pantai untuk pemain bersantai. Tetapi ada satu masalah dengan pusat latihan baharu itu. Pemain bencikannya dan mereka... […]

today17 March 2021