Kool FM

[VIDEO] “Patutlah Nampak Cun Je” – Usikan Suami Semasa Isteri Rakam Video Buat Netizen ‘Bersemut’

Buat yang sudah berkahwin, tentu kita mahu hubungan kita dengan pasangan kekal mesra hingga ke hari tua. Walaupun ada yang kata dah buang tabiat ke nak bermanja ketika usia sudah lanjut, namun kemesraan itulah sebenarnya pengikat kasih antara suami dan isteri. Apa yang lebih seronok, apabila usikan manja itu tidak dilakukan secara sembunyi, sebaliknya di hadapan anak-anak jua agar mereka turut merasai kebahagian sebuah keluarga. 

Melalui perkongsian video oleh pemilik akaun @A_MARii menerusi aplikasi Tik Tok, memaparkan adegan lucu ibunya yang disakat manja oleh ayahnya semasa sedang melakukan rakaman video. Menurut anaknya itu, ibunya sedang membuat rakaman video bagi tujuan kerja. Bagaimanapun, memang tak sah kalau tidak diusik oleh ayahnya. 

@basah_tanganayah kalau buat hal memang tak SAH? ##fypシ ##fyppppppppppppppppppppppp ##foryoupage ##tiktokmalaysia♬ original sound – A_MARii

“Patutlah nampak cun je. Isteri aku rupanya tadi,” usikan yang dilontarkan oleh si ayah sehingga audio masuk ke dalam video.

Video tersebut juga dikatakan sudah banyak kali diulang rakam, dan terpaksa diulang sekali lagi selepas ayahnya menyakat ibunya yang sedah rakam video tersebut. Mungkin terpesona dengan kecantikan isterinya membuatkan si ayah membuat usikan manja tersebut. Dalam pada itu, ramai warganet yang ‘bersemut’ dengan usikan tersebut.

Memang ramai betul yang jealous dan inginkan suami seperti si ayah itu. Nampak seperti satu usikan yang simple, tapi pada usia yang sudah lanjut, ia kelihatan sweet. Jadi buat kaum lelaki, kena take note benda-benda yang simple macam ni supaya kita boleh buat hati pasangan berbunga-bunga. 

 

Baca juga artikel menarik lain:

“Saya Bukan Robot, Ada Perasaan” – Isteri Shukri Yahaya Tak Tengok Suami Berlakon, Akui Cemburu

“Baling Limau Ke Sungai Untuk Dapat Jodoh” – Kongsi Tradisi Tahun Baru Cina, Syed Saddiq Ready Nak Kutip Angpau

 

 

 

 

Sumber daripada: Tik Tok

Exit mobile version