Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Pegang Betu-Betul Ke Tu?” – Kongsi Video Buat Nasi Kangkang, Baby Shima Bikin Ramai ‘Kembang Tekak’

today12 June 2021

Background

Bila dengar perkataan nasi kangkang mesti yang terbayang dalam fikiran kita adalah adegan wanita cangkung di bawah nasi panas. Bila dah siap nasi tu, akan diberi pula kepada suami atau sesiapa sahaja yang ingin dipukau. Adegan sebegitu pun sudah buat penonton geli untuk melihatnya. Bagaimanapun, adegan nasi kangkang yang dikongsi oleh penyanyi Baby Shima ini lebih membuatkan penonton geli sehingga rasa nak termuntah. 

Tidak pasti resipi nasi kangkang yang bagaimana digunakan, video dikongsikan di Instagram itu memaparkan adegan Baby Shima menceduk najis dalam jamban untuk menghasilkan nasi kangkang. Memang betul yang anda lihat, itu adalah najis hadas besar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Baca juga: Teruk Dihentam, Prof Muhaya Tampil Mohon Maaf Dan Beri Penjelasan Isu ‘Buat Bodoh-Bodoh’

Tapi bukanlah najis betul dan ianya sekadar lakonan bagi sebuah filem pendek yang berjudul Nasi Kangkang. Aduh terkejut Min tengok adegan ceduk najis tu. Filem pendek yang berdurasi 13 minit 35 saat ini memang mengisahkan tentang amalan syirik menggunakan nasi kangkang untuk ‘membodohkan’ seseorang.

Dalam pada itu, rata-rata wargamaya berasa ‘kembang tekak’ dan loya melihat adegan yang dikongsikan Baby Shima, atau nama sebenar Nor Ashima Ramli itu. Kalau penonton pun rasa loya, mungkin lakonan Baby Shima betul-betul menjadi dalam menjiwai wataknya. Mungkin filem pendek ini ada sambungannya nanti. 

Apa-apa pun, kita ambil kisah nasi kangkang ini sebagai ikhtibar untuk tidak turut melakukannya sekali. 

Baca juga: Ruangan Komen Instagram Azira Shafinaz Dibanjiri Nama ‘Mamu’, Netizen Bantu ‘Kenenkan’ Dengan Sharnaaz Ahmad

Written by: Hamka Rosli


Previous post