Siapa tak kenal dengan pelakon lagenda Abu Bakar Omar yang seringkali menghiasi kaca-kaca televisyen dan panggung wayang dengan aksi hebatnya. Dia yang sinonim dengan watak bapa dan drama air mata tidak pernah gagal membuat penonton menangis dengan lakonannya. Begitulah hebatnya pelakon lagenda ini.

Namun hari ini, dunia hiburan digemparkan dengan berita pemergian Abu Bakar Omar yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 72 tahun kira-kira jam 9.04 pagi hari ini akibat komplikasi jantung di sebuah pusat perubatan yang bertempat di Alor Setar , Kedah.
Anaknya iaitu Mohd Zainuddin Abu Bakar memberitahu bahawa bapanya tidak mempunyai sebarang penyakit kronik namun, dia ada mengadu penat 2 hari yang lalu. Malah masa ingin ke hospital pun dia masih kelihatan okay dan sempat bersembang. Tak sangka pagi ini dia pergi meninggalkan semua.
Pelakon berbakat besar, Azhan Rani, meluahkan rasa dukanya di atas kehilangan bintang hebat ini di dalam posting Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Luahan Azhan Rani membuatkan ramai mengalirkan air mata. Rata-rata yang melihat posting tersebut turut mengucapkan rasa sedih dengan berita yang mengejutkan ini. Ucapan takziah menghujani ruangan komen tersebut. Dalam masa 4 jam sahaja, sebanyak 1,237 komen ditinggalkan.
Selain itu pelakon, pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah juga ada berkongsikan berita tersebut di laman Instagramnya. Menerusi ruangan komen posting tersebut ramai yang mencemburui pemergian arwah pada hari Jumaat di bulan Ramadan yang mulia ini.


Difahamkan, jenazah akan diuruskan dikediaman arwah iaitu di Kampung Bukit Nyamuk Kuala Nerang dan kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru Jalan Pegawai Alor Setar, Kedah selepas solat Asar.
Pelakon lagenda, Abu Bakar Omar telah menggarap banyak anugerah sepanjang kariernya di dalam bidang seni. Kalau tidak Pelakon Lelaki Terbaik antara lain mesti Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Tidak kurang juga pencalonannya dalam Festival Filem Malaysia menerusi filem-filem terbaik seperti Bila Hati Telah Retak, Rentak Desa dan Hingga Hujung Nyawa. Malah arwah juga merupakan antara bintang di dalam telefilem popular seperti Khilaf Terakhir.
Memang tak sah kalau tidak berjujuran air mata apabila melihat lakonannya. Kehilangan Abu Bakar Omar amat dirasai oleh ramai. Kita doakan pelakon vateran kesayangan ini ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Baca juga: “Kurang Ajar..” – Ashraf Muslim Berang Iklan Raya Promosi Judi
Sumber: mStar , Azhan Rani , Sharifah Shahirah